Saturday 22 October 2011

Ikat2 KERAMAT di MUZIUM TEKSTIL..;)

Laman sesawang sememangnya menjadi teman baikku untuk mendapatkan info2 tempat bepergian. Aku masih lagi mikir2.. dimana lagi tempat yang menarik untuk bepergian. Eheeee….seperti biasa…”Man…free tak hujung minggu nih? Ada Pameran Ikat di Muzium Tekstil*. Lantas melihat tarikh pameran tersebut dan tertera di laman web dari 15 September hingga 23 Oktober…*owh masih sempat lagi…fuhhh*

pintu masuk mesjid tertua di sini....

senibina yang menarik..;)

melewati bangunan lama Sultan Abdul Samad

Lansung kami bertemu di stesyen LRT Masjid Jamik. Aku sendiri berharap untuk menaiki pengangkutan awam sepertimana yang biasa kulakukan di Jakarta. Setelah itu, kita terus berjalan di tepian jalan..jalan…dan jalan….sehingga sampai di Dataran Merdeka. Asyik juga berjalan kaki sambil menikmati bangunan2 lama sekitar Masjid Jami' dan Dataran Merdeka yang sememangnya meninggalkan  kesan nostalgia. Tanpa lengah2 dan bersiap dengan senjata khas…*ehee..ape lagi snap2 lah sebagai bahan bukti*.

ups...kapal selam polis...

Kebetulan waktu kami melewati Dataran Merdeka, terdapat upacara hari Polis di sana. Dataran dipenuhi oleh anggota polis, sosok manusia serta khemah2 mungkin untuk pameran, pertunjukan dan seumpamanya. Sekitar 15 minit kami berjalan, tibalah kami ke destinasi yang dimaksudkan. Muzium Tekstil yang terletak bertentangan dengan Dataran Merdeka dan di samping bangunan tua Sultan Abdul Samad yang telah merakam pengalaman sejarah yang tersendiri. Muzium Tekstil ini merupakan sebah bangunan warisan yang pernah digunakan oleh pelbagai jabatan dan institusi sebelum ini, bangunan yang siap dibna pad atahun 1896 ini berketinggian 2 ½ tingkat dengan keluasan tanah 3259 m2 dan keluasan lantai 3145.3 m2.


inilah pintu masuk Muzium Tekstil...ahaak

Apa yang menariknya memasuki muzium ini, kami tidak dikenakan sebarang bayaran…*ini penting bagi orang tak berduit sepertiku..heheh…=P*. Tujuan kami ke sini adalah untuk melihat Pameran Ikat yang berada di lantai atas Galeri Saindera. Sementara itu, kami menyempatkan diri untuk menelusuri beberapa galeri yang terdapat di muzium tekstil ini. Muzim ini menempatkan 4 galeri yang amat menarik untuk dikunjungi. Dengan fasilitas yang bagus serta ditata rapi, agak berbaloi anda ke sini setelah berkeringat berjalan kaki…*heheh..sambil boleh mencairkan lemak2..kan berbaloi tuh..=P*.

alat2 tenunan dan membatik..ehehhe

ups..macam pernah ada koleksi kain ini...;)

hemm...mau cube..?

oh..batik membatik...

erk..suasana yang sesuai untuk tidur....

Terdapat Galeri Pohon Budi yang mempamerkan sejarah tekstil yang bermula dari zaman pra sejarah serta perkembangan tekstil melalui jalan perdagangan. Di sini, aku baru berkesempatan melihat sendiri bahan dan teknik tradisonal seperti dalam proses tenunan, sulaman, membatik, tekatan serta hiasan manik yang halus…*superb hasil tangan orang2 terdahulu*. Seterusnya kami ke Galeri Pelangi yang memaparkan koleksi terpilih seperti perkembangan batik, koleksi masyarakat Cina, Baba dan Nyonya yang kaya dengan sulaman benang sutera, benang emas dan manik-manik serta koleksi tekstil etnik Sabah dan Sarawak dengan pelbagai motif yang menarik. Setelah penat berjalan, kami cuba merehatkan diri di ruangan tayangan khas di dalamnya dengan fasilitas yang sangat bagus.

busana2 dengan seni motif yg bagus...

erk...menyeramkan jek kepala tuh..huhuhu



cucuk sanggul koleksi opah cik..hehehe


Galeri ketiga yang kami kunjungi berada di lantai atas adalah Galeri Teluk Berantai. Meskipun terpaksa menaiki beberapa anak tangga sememangnya aku berasa puas dengan semua yang dipaparkan disini. Terdapat pelbagai koleksi warisan melayu yang dipamerkan seperti kain telepuk, songket, kain tenun dan beberapa lagi busana yang sangat indah. Penataan cahaya yang agak suram memberi kesan yang berlainan di galeri ini…*sedikit seram..ehhehe..=P*. Seterusnya, kami ke Galeri Ratna Sari yang memperagakan barang kemas dan perhiasan diri bersadurkan emas, perak, tembaga dan manik seperi mahkota, cucuk sanggul, gelang tangan dan gelang kaki dengan motif dan ukiran yang sangat halus..*aku saja kagum dengan seni ukir dan motifnya*


uhuui..kami sampai....;)

sampai jugak akhernya destinasi kami....

Setelah agak lelah memasuki segala galeri yang berada di muzium tanpa satu yang terlewatkan, akhirnya kami menuju ke destinasi yang kami harapkan. Pameran Ikat yang berada di penjuru sudut dengan melewati lorong ke pintu masuk Galeri Saindera. Dengan rentangan beberapa koleksi kain yang terbentang dengan motif yang sangat unik bagiku. Motif tumbuhan dan binatang mewarnai semua yang ada pada rentangan kain tenunan ini. Setibanya di galeri, aku baru saja mengetahui tentang sebuah pulau bernama Sumba di kepulauan Indonesia yang cukup terkenal dengan seni pembuatan ikat dengan nama Ikat Hinggi. Ikat Hinggi merupakan khazanah yang cukup disanjung dan dihargai sehingga saat ini. Begitupun terkenal di kepulauan Indonesia, pembuatan ikat turut menjadi satu warisan bernilai tinggi di Malaya dengan dinamakan Pua Kumbu oleh kaum Iban di Sarawak. Aku saja hampir terngaga melihat keindahan seni dan nilai estetika yang tinggi pada hasil tangan Pua Kumbu dan Ikat Hinggi ini. Sungguh halus motif2 yang terdapat di sini hampir mengingkatku seperti motif mesir purba yang agak eksotik. 




lihat..motifnya seperti ala mesir purba kan...ahaaak


Dari segi motifnya, kulihat Pua Kumbu ternyata lebih senang dengan kombinasi warna kemerah-merahan pada tenunannya di samping beberapa motif tumbuh-tumbuhan, binatang seperti cicak dan buaya serta manusia memenuhi ruang motifnya. Dari info yang tertera di sini, ternyata Pua Kumbu digunakan secara meluas di Sarawak sebenarnya bermaksud `selimut' bagi perkataan Pua dan 'membaluti' untuk Kumbu. Namun tekstil ini turut dijadikan pakaian tradisi termasuk skirt, cawat, jaket dan kain selempang. Selain itu,  ia turut digunakan secara meluas dalam upacara adat istiadat, majlis keraian serta acara keagamaan seperti kelahiran anak dan penutup mayat sebelum pengebumian…*erk...mayat? huhu..*


hasil seni yg sangat2 halus...langsung x terpikir motif sebegitu..unsur2 alam..


Manakala tenunan ikat bagi Ikat Hinggi pula mempunyai banyak persamaan dengan Pua Kumbu dari segi motif hidupan dan geometrik serta menggabungkan warna alam semula jadi. Namun istimewanya, motif Ikat Hinggi yang banyak digunakan bagi acara perkahwinan masyarakat setempat dan penutup mayat sebelum pengebumian, biasanya tercetus melalui mimpi seseorang...*erk..mimpi pulak?*. Nilai setiap Ikat Hinggi bergantung pada saiz, corak atau tempoh ia dihasilkan sehingga boleh mencecah ribuan ringgit. Warna Ikat Hinggi amat cantik dan kelihatan semula jadi kerana menggunakan warna asli bahan alam seperti daripada tumbuh-tumbuhan.

inilah alatan yg digunkan...*boleh bayang x...

hemm...jom main..heheh..;)

eheeeei...cantiknyaaaa...=D

Meskipun perjalanan hari ini benar2 melelahkan namun ia juga memperdalamkan pengetahuanku tentang tenunan ikat yang tidak aku ketahui. Seni halus yang sangat tinggi nilainya. Tapi sayang sekiranya hasil tenunan ini tidak dijaga dan dipelihara dengan baik, dengan senangnya ia akan hilang ditelan zaman. Semoga kita tidak terlewat untuk melihat hasil seni ini...;)








2 comments:

sekapursirihsejinjang said...

banyak ilmu yg bermanfaat yg sy dpt dari cik...=)
minat sy terhadap batik,songket&tenunan semakin mendalam...setiap hasil penuh nilai seni yg indah ^^
(kalau cik meragakn kain tenun tu...mst cantik..ehehehe)

flying jeddi said...

~huu..muzium kak..kak, apa tempat yg lagi adventurous kat Indonesia? next mac, my mum n her school trip will go to Medan as kajian lapangan stpm, any suggestion?

Post a Comment

 
;