Wednesday 7 September 2011

Syurga DIENG...=D

"uwek..uwekkk...uwekkk"....hehehe ini adalah situasi ketika menaiki bas dengan tempat duduk 90 darjah tanpa boleh digerakkan2 ke belakang...*boleh bayangkan...huhu*. DIENG...satau nama yang agak unik. Seperti kebiasaan aku terus melayari  tingkap sesawang google map, melihat komentar teman2 backpaker yang pernah bepergian ke sana, mencari informasi pengangkutan dan penginapan  sebagai persiapan awal untuk bepergian lagi. Dengan menaiki bas Sinar Jaya dengan tarif harga RP68 ribu jurusan Jakarta-Wonosobo yang berkelas ekonomi AC, cukup membuatkan seluruh badanku sakit2 dan bermuntah2an setelah 12 jam perjalanan. Bas ini akan berhenti di Terminal Bas Wonosobo sebelum menaiki sebuah bas mini yang berharga RP10 ribu ke Dataran Tinggi Dieng selama 45 minit. Panorama alam yang eksotik Wonosobo-Dieng memang tidak dapat dinafikan hingga membuatkan  kuterpukau dek keindahan gunung-ganang dan tanaman sayur2an yang segar2 tanpa perjalanan yang membohsankan.

view gunung -ganang yang sudah pun keliahatan dari terminal bas Wonosobo..;)

Dari segi geografi, Dieng merupakan kawasan dataran tinggi yang terletak di Jawa Tengah,Indonesia yang berada di wilayah Banjarnegara dan Wonosobo. Kedudukan lokasinya berada betul-betul di sebelah barat Gunung Sindoro dan Gunung Sumbing. Informasi yang kudapatkan ternyata Dieng masih merupakan daerah vulkanik yang masih aktif yakni dalam lingkungan gunung berapi dengan ketinggian rata-rata sekitar 2000m dari permukaan laut. Kebiasaan suhu di sini mencecah sekitar 15-20°C di siang hari dan 10°C di malam hari. Perkataan Dieng berasal dari bahasa Sansekerta iaitu di yang bermaksud tempat yang tinggi/gunung dan hyang yang bermaksud tempat para dewa. Maka tidak hairanlah Dieng dikenali sebagai tempat pergunungan para dewa bersemayam. Terdapat juga sumber lain yang mengatakan bahawa Dieng berasal dari bahasa Jawa iaitu adi yang bermaksud indah dan aeng yang bermaksud aneh. Ini bererti Dieng merupakan tempat yang indah dan penuh keanehan. 

ups...pemandangan yang maha dahsyat sepanjang Wonosobo-Dieng

lihat....awan seperti aiskrim..erkk..=P

Antara objek-objek pelancongan yang boleh dinikmati di sini adalah seperti berikut:

1. Telaga Warna dan Telaga Pengilon
Dinamakan Telaga Warna kerana telaga ini dapat memantulkan pelbagai warna yang sangat cantik apabila disinari matarahi disebabkan oleh kandungan belerang yang berada di dalamnya. Bersebelahan telaga ini pula anda akan mendapati sebuah Telaga Pengilon atau telaga cermin karena airnya yang begitu jernih hingga dapat memantulkan segala objek di sekitarnya yang berkialauan seperti cermin.


erk....view yang sesuai buat pra-wedding..heheh...Telaga Warna

view dari atas yang kurang kelihatan...Telaga Warna dan Telaga  Pangilon



2. Goa Semar, Goa Sumur dan Goa Jaran
Lokasi goa-goa ini berada di sekitar telaga-telaga di atas. Selain Goa Semar sebenarnya terdapat beberapa goa kecil lain seperti Goa Sumur dan Goa Jaran. Goa ini dipercayai menjadi tempat meditasi bagi kepercayaan umat Hindu. Di sini juga terkenal dengan sumber air suci yang disebut sebagai "Tirta Prawitasari"  dengan kesan khas arca wanita membawa kendi yang berada di dalam Goa Sumur. Menurut kepercayaan umat Hindu tempat ini biasanya dilakukan upacara ritual yang disebut sebagai Muspe atau Mubakti.


goa sumur di samping arca wanita di sampingnya...

goa semar yang agak menakutkan..huuhuh...

3. Dieng Plateau Theater
Lokasi ini berada di lereng bukit Sikendil iaitu berjarak 250m dari Telaga Warna. Di sini anda akan dapat menyaksikan dokumentari tentang "Dieng Negeri Kayangan" dengan durasi selama 20 minit.  Dengan kapasiti 100 kerusi di dalamnya serta fasilitas lain seperti taman dan tempat untuk bersantai2 di luarnya. Dari kawasan ini, anda juga dapat menikmati pemandangan Gunung Prahu, Gunung Juranggrawah, Gunung Pangonan, Gunung Sipandu, Gunung Nagasari, Gunung pangamun-amun, dan Gunung Gajah Mungkur.



pedagang yang turut berjualan di sekitar dewan teater

4. Kawah Sikidang, Kawah Sibanteng, Kawah Sileri, Kawah Sinila
Kawah Sikidang merupakan kawah vulkanik yang masih aktif dan terkenal dengan sebutan sikidang(anak kijang) karena lubang gasnya yang selalu berpindah-randah dan melompat seperti kijang. Aku turut diberitahu bahawa kawah ini digunakan oleh PERTAMINA untuk mengenergi tenaga. Selain  kawah ini terdapat juga kawah lain seperti Sibanteng yang terletak di Desa Dieng Kulon yang pernah meletus pada bulan Januari 2009 hingga menyebabkan beberapa tempat di Dieng ditutup disebabkan keracunan gas. Kawah Sileri pula merupakan kawah yang paling aktif dan pernah meletus beberapa kali, begitu juga dengan Kawah Sinila yang berada di Desa Dieng Wetan yang pernah meletus pada tahun 1979.

inilah kawah sikidang...lubang kawah yang melompat2..ehehe..


kawah tersebut digunakan oleh PERTAMINA seperti Petronas untuk mengenergi tenaga

view yang agak bagus disamping air kawah yang masih panas berasap...

kawah sileri...


kawah candramuka..

5. Kompleks Candi Arjuna, Bima, Setiyaki
Dieng juga tak terkalahkan dengan elemen sejarah. Di sini anda juga dapat menikmati tinggalan kompleks candi yang masih utuh. Antaranya seperti kompleks Candi Arjuna, Candi Satiyaki, Candi Gatotkaca dan Candi Bima yang merupakan candi terbesar di sini. Dikatakan pembinaan candi-candi ini dilakukan pada abad ke-7m oleh sebuah kerajaan Kalingga yang bernama Ratu Sima. Tinggalan candi-candi ini juga berkaitan dengan kepercayaan Hindu ketika itu sebagai tempat pemujaan. Maka tidak hairanlah dikatakan penduduk awal di sini berasal dari warga Hindu yang telah berpindah ke Bali.

kompleks candi Arjuna

bagi yang bernasib baik anda akan dapat menyaksikan pesta ritual bagi masyarakat Hindu di sini...

tinggalan candi setiyaki yang masih utuh




ups..candi Bima yang merupakan candi tertua di sini...*kalo x silap..hehe..;)

candi gatot kaca....pemandangan di sini agak bagus untuk melihat panorama alam Dieng..;)



6. Museum Dieng Kailasa
Lokasi yang berada bertentangan dengan Candi Gatotkaca ini menyimpan artifak dan informasi tentang geologi, flora-fauna, aktiviti seharian masyarakat Dieng, kepercayaan, kesenian serta warisan arkeologi dari Dieng.

fasilitas muzium yang agak bagus..rugi kalo tak masuk ke tempat nih...;)



segala informasi tentang Dieng ada di sini tau..




*INFORMASI TAMBAHAN

  • anda boleh menaiki keretapi jurusan Jakarta-Purwokerto atau bas langsung Jakarta-Wonosobo mengikut keselesaan  masing2. Setelah itu menaiki bas mini menuju ke Dieng.
  • sekiranya anda dari Kuala Lumpur, anda boleh memilih penerbangan Kuala Lumpur-Jogjakarta. Setelah itu, menaiki van travel atau bas menuju ke Wonosobo dan diikuti seperti perjalanan di atas.
  • tiket masuk sebanyak Rp12 ribu dan anda boleh menikmati semua tempat pelancongan di atas.
  • keistimewaan tempat2 pelancongan di Dieng senang untuk dicapai karena kedudukan setiap lokasi yang saling berdekatan.
  • anda juga boleh menyewa "kereta sewa" yang disediakan di tempat penginapan dan "tukang ojek" dengan tarif harga yang masih boleh dirunding.
  • tempat penginapan di atas adalah  Homestay Dieng Pass yang berharga Rp150 ribu yang boleh diisi sebanyak 3 orang. Anda juga boleh menghubungi pemilik homestay ini iaitu Mas Agus-+6285291250250@+6285743461555.

3 comments:

Syahadah Hafeezah said...

tahniah artikel ini udah masuk majalah yah ~

Arai Utan Ujan said...

Semarang?? btw, mcm pernah baca artikel ni di akhbar Malaysia. u wrote it??

Hamka Kecil said...

bukan semarang en.azrai...masih lagi d jawa tengah..kalo dari semarang dalam sejam lebih..kalo dari jogja dalam 2 jam...eheee..ponah bace ehhh....*segan2...=P

Post a Comment

 
;