Tuesday, 11 October 2011

Bernostalgia di MUZIUM NeGARA

Mahu mengimbau kenangan2 nostalgia..? jom kita kita menjelajahi Muzium Negara. eheee..;)..dengan kedudukan lokasi yang agak strategis di ibu kota, Muzium Negara mudah kelihatan bagi pengguna  jalan raya. Dari kejauhan sudah tersergam senibina muzium yang unik dengan gabungan rekabentuk rumah melayu traditional dan dhiasi dengan dinding mural yang memaparkan sejarah dan kraftangan di Malaysia. Berawal dari pembinaan muzium ini sebenarnya dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tun Abdul Rahman Putra AL-Haj sempena runtuhnya Muzium Selangor sekitar tahun tahun 1906-1945.

ups....lukisan dinding yang sekilas dilihat seperti ukiran mesir purba..ahaak..;)

Dengan bayaran tiket masuk sebanyak RM2 bagi pelawat tempatan dan RM5 bagi pelawat asing kami diberi sekeping pamplet yang berisi informasi tentang muzium ini. Muzium ini memuatkan empat galeri iaitu galeri Sejarah Awal dan galeri Kerajaan-Kerajaan Melayu  yang berada di lantai satu. Manakala galeri Era Kolonial dan galeri Malaysia Kini yang berada pada lantai dua.

Bagi ruangan Galeri Sejarah Awal, di sini kami dipaparkan dengan informasi tentang pembentukan muka bumi dan asal usul masyarakat awal di tanah Melayu. Peralatan yang digunakan  pada zaman paleolitik sehinggalah artifak peninggalan candi Hindu-Buddha di Lembah Bujang. Apa yang menarik di sini, kami menemui artifak rangka Manusia Perak yang bertarikh 10,000-11,000 tahun lalu yang diekskavasi di Gua Gunung Runtuh, Lennggong, perak. Ia merupakan rangka manusia yang tertua dan hampir lengkap ditemui di Asia Tenggara.

 erk..tengkorak siapakah ini..?..*seram..

batu yang berukiran nama ALLAH...

inilah Manusia Perak yang terkenal itu...

Tidak cukup dengan itu, kami dipuaskan lagi dengan galeri Kerajaan-Kerajaan Melayu di bahagian kiri ruangan utama muzium. Suasana klasik yang memberi kesan nostalgia dapat dirasai kami ketika melihat  berdirinya Pintu istana kerajaan Setul (Selatan Thailand) dan patung Avalokitesvara yang menjadi bukti sejarah yang penting.  Bagi yang tidak pernah melihat manuskrip-manuskrip lama, di sini terdapat beberapa manuskrip Champa yang buat anda kebingungan untuk membacanya dengan penulisan gaya Sanskrit. Sepertinya pencarian kami juga tidak dikecewakan apabila melihat mural Hang Tuah yang tersergam indah di bahagian tengah galeri ini dengan kata pujangganya yang terkenal “takkan melayu hilang di dunia”. *Tapi sayang kenapa nama Hang Tuah dan Hang2 yang lain tidak wujud dan seperti dihilangkan...sayang sekali*..

erk... ukiran ini sering dilihat pada candi2 di Indonesia..

siapakah boleh membaca Manuskrip Champa?...*teringinnya mahu pelajari bahasa Sanskrit..;)

hemm...pintu istana Thialand yang mempunyai senimotif yang bernilai tinggi...

mural Hang Tuah yang sering disebut2..."takkan melayu hilang di dunia?"


Perjalanan diteruskan dengan menaiki beberapa anak tangga pula untuk mencapai ke ruangan atas galeri Era Kolonial. Di sini dipamerkan kesan sejarah tentang penguasaan dan pentadbiran kuasa asing seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun serta kesannya terhadap sosio-politik di tanah melayu. Sekali lagi kami dibuai dengan suasana penuh nostalgia dengan replika ala A Famosa untuk  mewakili penjajahan Portugis tersebut. Antara koleksi yang diperagamkan merangkumi meriam, model kapal korek dan lanca iaitu alat pengangkutan yang popular pada zaman senajata Jepun semasa Perang Dunia kedua.


waaaaaa...sangat suke dengan kesan2 nostalgia....sesuai untuk pra-wed..hehe..=P



tembok ini juga sangat menarik...;)



Setelah melalui zaman yang penuh nostalgia, galeri terakhir yang harus dikunjungi adalah Malaysia Kini. Galeri ini membawa kami menyelusuri liku-liku pahit manis dalam meniti perjuangan ke arah pembentukan Negara bangsa. Kami menemui suara rakyat seperti FAJAR ASIA, sejarah Malayan Union sehinggalah pembentukan Negara waktu ini dengan Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam.

ruangan masuk ke galeri terakhir...

sejarah Malayan Union..?uhuuk...



Bagi pencinta sejarah, muzium ini antara objek yang harus anda kunjungi. Dengan segala informasi tentang sejarah Negara dan fasilitas yang cukup lengkap menjadikannya tidak rugi untuk anda menjejakkan kaki  ke sini. Ayuh, kita menjadi penjejak sejarah yang pertama.


view pintu masuk keluar muzium

Sedikit informasi tentang Muzium Negara

  •  Hari dan masa lawatan dibuka setiap hari dari jam 9 pagi-6 petang dan ditutup pada Hari Raya Aidulfitri dan hari Raya Aidul Adha.
  • Disediakan lawatan berpadu secara percuma selama satu jam oleh para Sukarelwan Muzium berdasarkan jadual yang ditetapkan.
  • parking kereta dikenakan sebanyak RM2


0 comments:

Post a Comment

 
;