*tuuut..tuutt*. Kiriman meseg melalui alat selular pun berbunyi. *Bila nak balik kampung? Jom ke Gua Tempurung.* Ahakkk…Gua Tempurung? dengan nada penuh semangat lalu mengiyakan. Tetapi cuaca waktu itu kurang mendukung dengan hujan setiap hari, lalu kami membatalkan tujuan ke sana. Perjalanan kali ini aku ditemani oleh kaki backpacker merangkap teman sekolah lama yang baru sahaja bertemu semula. *memang nostalgia beb…ehehhe…=P. Seperti biasa teman baikku,laman sesawang menjadi petunjuk arah kami. Taman Reaksi Gunung Lang, Ipoh ini menjadi tempat pilihan pertemuan semula kami…*ahaaak…;)
view batu-batu kapur di sekeliling Gunung Lang...cantik kan..;)
Cuaca agak bersahabat hari itu, syukurlah. Semoga cerah hingga ke petang….*eheeee…;). Selaku co-pilot yang handal, akhirnya kami selamat ke destinasi yang dituju sekitar 10 minit perjalanan dari Bandaraya Ipoh. Tertera papan tanda “Selamat Datang ke Taman rekreasi Gunung Lang” di pintu masuk menyambut kedatangan kami. Owh yaa…Gunung Lang ini terletak 5 kilometer dari Bandar Ipoh. Dari informasi yang kudapatkan, ternyata ia merupakan salah satu gunung batu kapur yang terdapat di Perak khususnya di kawasan Lembah Kinta. Gunung Lang ini telah dijadikan sebagai taman reaksi oleh Majlis Bandaraya Ipoh dengan kerjasama Kementerian Pelancongan pada tahun 1999.
erk romantiknya...uhuui...=P
Sejurus mendapat tempat meletak kenderaan, kami menuju ke sebuah kompleks bangunan yang menempatkan ruang jeti, ruang makan, tempat2 istirehat, tempat kaunter tiket bot, dan fasilitas lain seperti musola dan tandas. Hijau rimbunan pohon sepanjang perjalanan menjadikan tempat ini sedikit redup dan tenang dengan dikelilingi oleh keindahan bukit batu kapur. Selain daripada pemandangan batu kapur yang dapat dinikmati di sini, apa yang menariknya adalah tasik buatan dari bekas lombong bijih timah yang dipenuhi dengan ikan air tawar seperti kelah, lampam, kap, tilapia dan keli. Tatkala asyik melihat segala yang unik di taman reaksi ini, tiba2 lamunanku tersentak dek suara anak2 kecil yang keriangan memberi makan ikan2 yang berada di perairan jeti. Semakin terpukau melihat ikan2 yang timbul di permukaan air sambil mulut yang terngaga dan saling merebut makanan yang dilemparkan oleh anak-anak itu.
inilah pangkalan jetinya...
eheee....x sabar menaiki bot tersebut..;)
Kaki terus melangkah, di setiap penjuru dan ceruk untuk melihat apa lagi yang disajikan di sini. Berderu-deru air mengalir di sebelah kompleks bangunan. Deruan suara air itu membawa kami ke air terjun buatan yang turut mewarnai pemandangan segar di sini. Syukurlah kedatangan kami di sana masih dikira awal dan tidak perlu bersesak-sesak mencari post2 yang sesuai….*ahaak..=P*. Setelah penat berjalan2 dan berposing di sekitar sini, kami terus membayar rm 3 untuk menaiki bot menuju ke taman reaksi yang turut di tawarkan di seberang tasik. Menyusuri air tasik yang begitu tenang dengan dikelilingi oleh batu kapur ini langsung membuatku sedikit bermimpi lagi…*hehhehe..*. Andaikan ini adalah Green Canyon….*fuhhh mesti terliur dengan air yang hijau turquoise menyusuri celahan batu-batu..perghh...terlalu hiperbola…erkk…=P*
superb kan air terjuan buatan nih...ahaakk...
sedia untuk naik bot..?
ahaaaa....ala2 Grenn Canyon kah...hehehe..=P
Sudah tentu ia menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan saat menaiki bot mengelilingi tasik tersebut sebelum tiba ke kawasan taman seberang. Sekitar 10 minit perjalanan dan berada di pengkalan jati, kami disajikan oleh panorama alam yang cukup mendamaikan. Kehijauan pokok serta dekorasi ruang laman yang menempatkan beberapa landskap yang amat sesuai untuk berfoto-foto istimewa terutama bagi pasangan pengantin...*ahaak…;)*. Kebetulan di sini, kami ditemani oleh beberapa pasangan pengantin yang turut mencari posisi yang bagus untuk foto perkahwinan. Keindahan flora dan fauna di sini sememangnya amat sesuai bagi mereka yang mahu menenangkan fikiran dari kesibukan kota. Owh yah…ternyata kecantikan alam semula jadinya turut menerapkan unsur-unsur moden dan tradisional dengan tersergam beberapa rumah tradisional Perak yang memenuhi ruang laman ini untuk memberi kesan khas nostalgia…..*bab2 nostalgia nih paling berkenan…hehehe..=P*
sudah sampai di taman seberang tasik...
ups..dekorasi dan landskap yang ada d taman ini...
uhuui...sesuai tuk foto wedding..=P
duh..duhh..duhh...nostalgia...=D
Bukan itu sahaja, kawasan ini turut dilengkapi dengan fasilitas seperti ruangan permainan kanak-kanak yang cukup sesuai bagi pasangan keluarga bersantai bersama anak-anak di sini. Manakala di laluan utamanya di sepanjang taman tersebut terdapat pelbagai jenis bunga bougainvilleas yang berwarna-warni. Apa yang menarik, terdapat 85 spesis heliconia yang diimport khas daripada negara luar. Bagi anda, jangan ketinggalan untuk menaiki 2 buah menara pandang untuk melihat seluruh pemandangan Gunung Lang dari atas. Ayuh tunggu apa lagi. Jom ke Perak...eheee..;)
inilah menara pandangnya...ahaak
view taman permainan dari menara pandang
INFO TAMBAHAN
- tiket menaiki bot mengelilingi tasik dikenakan bayaran sebanyak rm 3
- makanan ikan sebanyak rm 1sekiranya anda mahu bermanja bersama-sama ikan di tasik tersebut.
0 comments:
Post a Comment