Wednesday, 18 January 2012

museum SONOBUDOYO....pelengkap...;)

Erkkk...sudah hari minggu? cepatnya waktu berlalu...*uhuuuu...kenapa dulu tidak memilih Yogya tapi Jakarta....*separuh menyesal..=(*. Pagi yang redup dan memperlihatkan cuaca yang agak kurang bersahabat. Dengan kenderaan yang disewa, kami meredah pagi di Yogya menuju ke Museum Sonobudyo kembali. Sudah tentu berbeza menikmati siang di sini berbanding malam dengan ditemani wayang kulit kan. Mahu tahu apa perbezaannya? Ahakk....sebaik tiba dan memakir kenderaan seperti biasa, sekali lagi kami disambut oleh senibina khas Museum Sonobudyo yang memperlihatkan sisinya yang jelas di kala siang hari. Panorama klasik yang sentemental sentiasa melekat setiap kali mengunjungi ke museum2. Seolah dibawa kembali ke zaman lampau...*memang itu tujuannya kan...eheeee...=P*.


Muzium yang berelemenkan senibina klasik jawa ini masih mengekalkan ciri khas rumah joglo ala Masjid Keraton Kesapuhan Cirebon. Kelihatan 3 gadis comel disebalik pintu masuk, siap sedia menunggu kedatangan kami ke muzium. Menurut ciriteranya, Museum Sonobudoyo ini merupakan antara museum yang terlengkap menyimpan sejarah dan budaya jawa setelah Museum Nasional Republik Indonesia di Jakarta. Ini bermakna memasuki museum ini umpama kita telah menjelajah ke semua museum2 yang lain seperti museum kekayon, museum batik, museum wayang dll...*semuanya ada....all in one*. Hemm...amat sesuai bagi anda yang kesuntukan waktu untuk mengunjungi muzium2 yang lain kan...*tips yahh...;)*.  

topeng2 jawa....ada tarian topeng juga..;)

ukiran inding yg superbb...loike2..=D

ahaak...disebalik kalung biru itulah rangka manusianya

loike2...cumel...;)

manuskrip2 jawa kunoo....

Ahakk...mahu tahu apa yang kami perolehi di museum ini? Begini...setelah memasuki ruangan muzium dengan hamparan peralatan muzik gamelan beserta ukiran kayu yang serba unik di sudut halaman depan, kami melangkah masuk ke ruangan dalam muzium. Seperti biasa, aroma klasik dan mistik kembali menjelma saat masuk ke ruangan ini. Topeng2 jawa tersusun rapi di sebelah kiri beserta sepasang patung jawa dengan cahaya lilin yang begitu suram2 mistik....*erkkk...(@-@)..cuma yang tiada bau kemenyan jahh sebagai pelengkap..eheee*. Seterusnya kaki laju saja melangkah memasuki lebih dalam ruangan muzium yang mempamerkan rangka manusia dan tinggalan2 prasejarah dipamerkan di sudut cermit berkaca..*belum habis lagi rupanya kesan2 mistik di sini*. Antaranya seperti serpihan tembikar dan peralatan senjata zaman dahulu kala. Tidak cukup dengan koleksi tersebut, kami dibawa ke alam jawa lampau dengan catatan  manuskrip2 jawa kuno. Tulisan jawa2 yang membentuk tidak ubah seperti tulisan Hindhu-Thai ini begitu unik dicatat di permukaan kayu keras membentuk seperti sebuah buku....*kreatif2....*.

susun atur yang sebiji muzium tekstil...

hihihihihihi...(@-@)...which one yah...eheee..=P

Sudah penat..?Ohh masih banyak koleksi lain yang perlu diselongkar...=). Memasuki ke ruangan berikutnya umpama memasuki ke dunia tekstil...*hemm.....memang sebijik*. Dari sudut susun atur dan rentangan kain yang bermotif batik memang mirip seperti di Muzium Tektil Kuala Lumpur. *terpikir sejenak*. Apakah tukang perekanya juga merupakan orang yang sama di ruangan ini? *boleh jadi jugak kann...;)*. Selain dari hal batik -membatik, di ruangan ini juga turut memperagakan tatarias dan busana2 tradisi jawa yang sungguh indah...;).

koleksi2 wayang kulit

hemmm..x penah lagi tengok wayang jenis nihhh..=(

erkkkk...so scaryy....



ukiran2 kayu yang super halus...

loike2...rumah ber pendopo....=D...dream2?..


Masih belum rasa gerun lagi..? ahaak...Ayuh kita telusuri pula koleksi wayang kulit dan topeng2 yang menghiasi   dinding ruangan ini pula. Pelbagai jenis rupa wayang2 dan topeng2 yang dapat dilihat di sini. Dari yang cantik hinggalah hodoh dan menakutkan *itu yg pasti...sekali lagi merindinggggg....(@-@)*. Topeng2 jawa dari Madura dan Bali memperlihatkan senirupa topeng yang begitu menakutkan sekalii...*huhuhuhu...tegak bulu roma*. Dengan cepat aku memasuki ruangan akhir muzium ini. Ukiran2 kayu bermotif halus buatannya memenuhi di sudut kerusi dan meja. Seniukir yang halus dan dahsyat oleh si pembuat ini memang pantas dipuji. Namun antara semua koleksi ini, terdapat satu koleksi yang menarik perhatianku iaitu replika rumah adat jawa...aku memangilnya rumah ber "pendopo" jawa....*eheee...boleh jadi rumah impian..bab berangan..;)*.



upssssss......salah tempat yerkkk....

arca dewa Brahma...

Setelah yakin semua penjuru dan pelusok dijelajahi, kami mulai beranjak keluar. Tapi ini belum bermakna penjelajahan ke muzium ini sudah berakhir.  Tidak lengkap sekiranya anda ke sini jika tidak menjejakkan kaki di ruangan timbunan arca pada bahagian luar muzium. Arca Dewa Brahma, Dewa Wisnu dan pasangan patung Dwipangga siap menunggu ketibaan kami beserta pintu masuk/gapura yang menaikkan elemen Bali di ruangan tersebut. *hemmm..patung ini mengingatkan aku tentang Kediri..:)*


INFO TAMBAHAN

  • Lokasi muzium ini berada di Jalan Trikora No.6 Yogyakarta.
  • Tiket masuk ke museum ini dikenakan sebanyak rp 3000 bagi dewasa dan rp2500 bagi kanak2.
  • ia dibuka setiap hari isnin-khamis dari jam 8-2 petang, jumaat dari jam 8-11 manakala hari sabtu-minggu dari jam 8-1 petang.
  • no yang dapat dihubungi untuk ke sini: +6274385664

3 comments:

Basyirah Abd Rahman said...

Salam Kak Ainum..
Bila baca cerita ini, hati ini bagai ditarik2 untuk menjelajah ke negara org juga. Basyi harap masih tidak terlalu lambat untuk ke sana dan menumba pengetahuan serta pengalaman. Semoga jaulah kak ainum dijadikan iktibar buat pembaca yg lain..

Hamka Kecil said...

eheeee...amin... puan basyi...terima kasih sudi bacanya...;)...terima kasih juga doanya....moga yang terbaik buat puan basyi sekeluarga....;)

Unknown said...

Buat jeles saya je akak ni.. hehe semoga setiap tempat dijejaki membawa bahagia..

Post a Comment

 
;