“Dik..galeri masih tutup lagi dik… Jam 10 nanti baru dibuka…Uhukk…tersedak…kalau muzium bang? Muzium sekarang sedang direnovasi dan memang tak boleh masuk ke dalamnya”…*erkkkkkkkk…pulak dahhh (@-@)…habis semua perancangan kita hari ini…hoho…*. Ketibaan kami seawal jam 9 pagi waktu itu amat mendukacitakan. Sambil duduk melangu dan menimbang2 mahu menunggu ataupun sebaliknya. Enjin kereta lansung dihidupkan dan kami memutuskan untuk mengelilingi Bandar Diraja Kuala Kangsar sebentar sebelum menuju ke Lenggong. Lenggong?....ahaaak…=P.
Perjalanan hampir suku hari telah membawa kami ke sebuah daerah bernama Lenggong. Lenggong merupakan sebuah bandar yang terletak di bahagian utara Perak yang berhampiran dengan Gerik, Empangan Temenggor, Lawin, Kota Tampan dan Banding. Jalan ke Lenggong kebanyakannya diselitupi oleh ladang kelapa sawit dan hutan rimba. Kami mengambil jalur ke Lenggong dengan mengikuti jalan lama yang sudah ditata dengan baik. Melalui kawasan perkampungan2 dan hamparan gunung-ganang yang membentuk Banjaran Titiwangsa dan Banjaran Bintang yang dilitupi awan, sedikit sebanyak mengubat dukacita kami di Bandar Diraja pagi tadi. *moga2 tidak sia2 kami ke sini...sambil berharap*.
ups...mungkin beginilah cerita pohon kayu yang dimaksudkan...ehee
Menurut lagenda, asal usul nama Lenggong juga agak unik. Kononnya pada zaman dahulu ada seorang Semang yang hendak menebang sepohon kayu yang besar. Mengikut ceritanya pokok itu sebesar empat atau lima pemelok. Oleh kerana pangkal pokok itu keadaannya berbanir, jadi susahlah hendak menebangnya. Si Semang tadi berusaha pula membuat pelenggar (iaitu suatu tempat bertanjak untuk menebang pokok). Dengan bersusah payah dia menebang, akhirnya tumbanglah pokok itu. Tetapi malangnya pokok yang ditebang oleh Semang itu menimpa sepohon pokok kayu kecil yang lain. Pokok yang kecil itu patah dan menyebabkan pokok yang ditebang itu terlanggong di atasnya. Batang kayu yang terlanggong itu, tinggallah di situ hingga beberapa lamanya. Akhirnya tempat itu dinamakan "Langgong". Lama kelamaan nama "Langgong" itu berubah mengikut pelat sebutan menjadi "Lenggong", dan kekal nama itu hingga sekarang....*oooo..begitu ceritanya...baru tahu juga..eheee..=P*.
fasilitas2 yang serba lengkap..
hemmm...mahu cuba yang ini..?
naik..jangan tak naik...ahaak
hemmmm....ala2 romantis gitu...ahaak..=P
Akhirnya papan tanda yang menunjukkan arah Tasik Raban pun dijumpai. Tasik Raban merupakan salah satu tempat yang harus dikunjungi sekiranya anda ke Lenggong. Lantas kami mengikuti arah papan tanda tersebut dan mencari tempat meletak kenderaan. Hawa pergunungan dari banjaran yang sungguh segar menerpa seolah2 menyambut kedatangan kami. Di tepian tasik kelihatan beberapa sosok warga yang sedang asyik memancing menunggu hasil tangkapannya. Kami terus berjalan mengelilingi di sekitar tasik yang menempatkan rumah rehat yang dilengkapi dengan surau, tempat makan, tandas, beberapa ruang tempat duduk di tepian tasik beserta tempat persewaan bot mengelilingi tasik, kayak dan sampan kayuh.
hemm..inilah pakej2 yang disedikan di sini....
silakan saja pilih pakej yang berkenan di hati..ahakk..;)
Leka berjalan mengelilingi tasik sambil merehatkan mata, kami terlihat sosok seorang lelaki muda yang sibuk mengemaskini bot di jeti. Lantas kami ke sana dan bertanya soal harga bot untuk mengelilingi Tasik Raban...*erkkk..pantang nampak peluang..=P*. Tika itu, Tasik Raban masih sepi dan belum dipenuhi oleh warganya. Setelah tawar-menawar pun berlaku dengan lelaki muda yang bernama abang Hafiz dan kami pun bersetuju dari segi harganya, lalu jaket keselamatan dipakai dan siap untuk mengemudi..*yeahh...=D*. Menurut abang Hafiz, yang turut menceritakan tentang kewujudan Tasik Raban ini, katanya dahulu kala di sini merupakan sebuah perkampungan kecil. Namun setelah Empangan Chemoh disekat dan berlaku limpahan air, maka air yang melimpah itu mengalir ke perkampungan mereka sehingga menyebabkan banjir yang menenggelamkan perkampungan di sini dan membentuklah sebuah tasik yang dinamakan Tasik Raban. Owh yah.. Tasik Raban juga merupakan salah satu tasik yang turut menyatu dengan Sungai Perak.
ups..kami sudah sampe ke Venice..kah2...=P
ahak...sapelah pemilik dusun tengah tasik nih...alahai..(@-@)
hemm.....daun mengkuang yang bakal membentuk sebuah pulau2 kecil...
banjaran gunung seperti gula2 kapas...sedap dimakan...uhuu
Banjaran Bintang kah...ahaaak...
Banjaran Titiwangsa kah.eheee...lupaa sudaah...=P
Sekitar 30 minit kami dibawa berkeliling di sekitar Tasik Raban dan pertemuan arus Sungai Perak. Apa yang menariknya di tasik ini adalah anda dapat menyaksikan pulau2 kecil yang sudah mempunyai pemilik dipenuhi dengan rumah rehat dan dusun..*menarik kan..sambil berangan...siapalah gerangan pemilik pulau nih..ehee..(@-@)*. Selain itu, di perairan tasik ini dipenuhi dengan daun2 mengkuang yang akhirnya akan membentuk sebuah pulau2 kecil akibat fenomena alam yang berlaku...*takjub2....eheee...*. Tanpa lengah2, seperti kelazimaan aku mengeluarkan alat menembakku...apa lagi kalau bukan kamera...*ahaak..snap2..=P*. Kami terus dibawa menyusuri sungai yang melalui di bawah Jambatan Sultan Nazrin Syah ala-ala menyusuri sungai di Venice pula...*ahaak..bab2 berangan nih mang tak boleh dielakkan..eheek..=P*. Kelihatan air Tasik Raban yang bewarna bening kecoklatan menjadi keruh setibanya kami di aliran air Sungai Perak. Menurut abang Hafiz, sekiranya kita bernasib baik, kita akan dapat melihat perubahan air yang jelas antara Tasik Raban yang sedikit hening dengan Sungai Perak yang begitu keruh berdasarkan perubahan warna air tersebut. *fuhhh...alangkah indah kalau dapat men snap pemandangan ini dari atas....erkkk...=P*. Bukan itu sahaja, bahkan panorama alam di sekitar tasik ini diwarnai dengan kehijauan gunung-ganang Banjaran Titiwangsa dan Banjaran Bintang yang menambahkan keindahan alam semulajadi yang maha dahsyat.....*gunung-ganang yang sedap dimakan seperti gula2 kapas...ehehehe..;)*.
2 comments:
salam kenal.. jemput singgah blog hamba (Aku Sebutir Pasir) kalau nak baca pengalaman hamba kembara ke 46 buah negara.. :)
yupz..salam kenal jugak...wokehh..siip..kang cik bukak naaa blog tuan...eheee...oga saling berbagi...;)
Post a Comment