*mas..ntar kalo udah nyampe Universitas Muhamadiyah dikasitau yah..soalnya aku kurang tau tempatnya…”yoo mbak”,jawab mas kondaktur bas*. Ternyata telingaku kurang mendegar sewaktu konduktur bas yang kunaiki memberitahu sudah melepasi kawasan universiti. Terus aku mengirim pesanan kepada fajar menyatakan bahawa aku sudah terlajak di hadapan universiti. Belum pun hilang kepenatan percutian bersama teman sekuliah di pulau Karimun Jawa, aku terus melanjutkan perjalananku dari Semarang ke Solo menaiki bas ISMO dengan tarif harga RP 20 ribu. Sekitar 2 jam perjalanan dari semarang aku selamat tiba di depan Rumah Sakit (hospital) Islam Surakarta.
Perkenalan di dalam forum backpacker Indonesia telah mempertemukan kami dan merencana untuk mendaki puncak Majapahit di Gunung Lawu, Solo. Setelah berehat malamnya di rumah singgah singgah di Solo yang bernama Erna, esok paginya aku dijemput oleh Fajar dan dipertemukan dengan teman-teman lain yang turut sama mendaki. Bertemankan Fajar, mas cepot, Agus, Agung, Lean, Sugik, mas Adi, mba Eni dan Hesti telah membawa kami ke gunung lawu yang mempunyai misteri yang tersendiri di jawa tengah ini. Setelah menikmati sarapan pagi khas Solo nasi ruwet, kami memulakan perjalanan. Syukurlah cuaca pagi yang sedikit berkabut dan cerah mendukung untuk memulakan pendakian….ahaak...=D.
inilah teman2 pendakinya...ahaak..;)
kaunter tiket masuk..bayar dulu...
Cemoro Sewu dipilih menjadi jalur pintu masuk bagi pendakian kami. Setelah berurusan di kaunter masuk dan membayar sejumlah RP 5 ribu, kami memulakan pendakian dengan penuh santai dan sangat sesuai bagi para pendaki yang masih baru seperti aku. *terima kasih kalian yang sangat memahami..eheheh..;)*. Aku diberitahui bahawa jalur ini menempatkan beberapa pos yang harus dilalui oleh kami untuk sampai ke puncak Lawu. Melalui jalur Cemoro Sewu, kami akan melewati 5 pos dan pendakian agak lebih menanjak. Namun, usah dikhuatiri keranan jalannya yang berbatu-bata masih ditata dengan baik. Apa yang diperlukan hanyalah kemampuan tenaga yang akan teruji ketika menaiki tatanan jalan batu-bata untuk sampai ke setiap pos perhentian…*uhuuk…macam nak pengsan jah…(@-@)..fuhhh.. nasib baik ada kantung oksigen…kekeke..=P*.
eheeiiii..negeri atas awan...=D...erk benderaku....
ehemmm...inilah Hargo Dalem
owh yah..apa yang menjadi tarikan gunung ini bagiku adalah cerita lagenda Gunung Lawu yang menyimpan mistik untuk diteroka….*eheee…bab2 mitos&mistik ini yang aku suka..ahak…=P*. Gunung Lawu merupakan gunung yang terletak di jawa tengah, Indonesia dengan ketinggian 3265 m dari permukaan laut dan masih selamat untuk didaki. Ia memiliki 2 puncak iaitu Hargo Tiling dan puncak yang tertinggi adalah Hargo Dumilah. Menurut lagenda yang diperolehi, Gunung Lawu merupakan tempat yang sakral dan masih menjadi kegiatan spiritual di tanah Jawa yang berhubungkait dengan budaya Raja Mataram. Jadi tidak tidak hairanlah terdapat beberapa lokasi yang maish dipercayai mempunyai kesan yang misteri seperti Petilasan Harga Dalem yang dipercayai sebagai tempat ghaib Raja Majapahit dan Hargo Tiling pula dipercayai sebagai tempat ghaib Ki Sabdopilan. Manakala Hargo Dumilah pula sering digunakan sebagai tempat perlawanan batin dan meditasi. Selain itu, tempat2 lain yang turut menjadi misteri di sini adalah Sendang Inten, Sendang Drajat, Sendang Panguripan, Sumur Jalatunda, Kawah Candradimuka, Repat Kepanasan/Cakrasurya dan Pringgodani…*tak semua tempat2 misteri ini kami lalui kerana jalur jalan yang berbeza…uhuuk..terlepas..*
Pendakian selama 9 jam diteruskan dengan pemberhentian di beberapa pos sehingga kami tiba di pos perhentian yang terakhir di warung Mbok Yem sekitar jam 7.30 malam. Di pos ini terdapat khemah besar yang menyediakan tempat penginapan bagi para pendaki merehatkan badan dan menjamu selera ala kadar yang dijual di sini. Kedinginan malam yang menusuk tulang benar2 memberi ketidakselesaan padaku oleh sebab kejutan suhu melampau dengan keadaan fizikal yang masih lemah. Ternyata suasana hangat di dalam khemah Mbok Yam masih belum cukup menghangatkan tubuh. Mata yang masih terjaga membawaku untuk menjenguk suasana malam di luar meskipun kedinginan mulai menyapa.
panas2 dulu yah...;)
warung Mbok Yem...tempat untuk berehat n tidoo...
Pendakian selama 9 jam diteruskan dengan pemberhentian di beberapa pos sehingga kami tiba di pos perhentian yang terakhir di warung Mbok Yem sekitar jam 7.30 malam. Di pos ini terdapat khemah besar yang menyediakan tempat penginapan bagi para pendaki merehatkan badan dan menjamu selera ala kadar yang dijual di sini. Kedinginan malam yang menusuk tulang benar2 memberi ketidakselesaan padaku oleh sebab kejutan suhu melampau dengan keadaan fizikal yang masih lemah. Ternyata suasana hangat di dalam khemah Mbok Yam masih belum cukup menghangatkan tubuh. Mata yang masih terjaga membawaku untuk menjenguk suasana malam di luar meskipun kedinginan mulai menyapa.
Bintang-bintang yang memenuhi langit malam membuatku terdiam dan memandang tanpa berkedip. *Owh Tuhan…sugguh cantik bintang2 ini entah ribuan..entah jutaan..entah billion…tak tercapai dek akal untuk menghitungnya..ehee…ala2 romantik gitu..ahaak..=P* . Setelah kedinginan malam benar-benar menerpa, lantas aku masuk ke dalam khemah dan mendekati unggun api. Pantas membuatku sedikit terlena dek kehangatan di situ. Namun lenaku terjaga kerana aku mulai berasa mual2 akibat sakit perut+angin kerana kesejukan benar2 membantutkan selera makanku. *ups..terima kasih kalian yang memberi ubat, memaksa makan dan segala2 nya..meskipun masih menggigil berenang di dalam sleeping bag, 2 lapis jaket, berlapis2 baju dan stokin, sarung tangan…ternyata masih belum mencukupi…gurrr..gurrrr…(@-@))*.
Mataku masih liar memandang sekeliling dan melihat pelbagai ragam manusia yang turut mempunyai tujuan yang sama untuk menikmati matahari terbit di puncak Lawu. Dari raut wajah2 mereka terpancar keletihan, kegembiraan, menggigil menahan kesejukan dan tak kurang yang menghabiskan malam dengan berbual2. Waktu yang ada cuba digunakan sebaik mungkin untuk berehat sejenak bagi mengembalikan tenaga. Sekitar 5 minit aku berjaya terlelap, aku dikejutkan dengan suara Lean mengajak ke puncak. Meskipun keadaan tubuh yang masih kurang sihat sepenuhnya, aku tidak mahu melepaskan detik-detik istimewa yang sememangnya menjadi hasrat utama. Akhirnya dengan berkat kesabaran mendaki lereng puncak yang semakin menanjak, kami berjaya sampai di atas ketika subuh menjelang. *erkk…macam x percaya dah sampai ke puncak…huhuhu…syukur…;)*
yeah...kami dah sampai ke puncak Hargo Dumilah...=D
jom...cari port sesuai..ahaak
penuh menanti..akhirnya terbit jugak....
ups....eheeeeee
ini view dari puncak
Lantas dengan segera kami mencari lokasi yang bagus untuk melihat matahari terbit memancarkan surianya. Hawa syahdu tiba-tiba menyelubungi hati ketika itu dan seakan terkelu apabila menyaksikan dengan mata sendiri panorama alam yang maha dahsyat. Negeri atas awan...itulah yang terpacul di saat melihat sang suria terbit memancarkan sinarnya di kala pagi yang dingin bertemankan gugusan awan yang cantik seperti aiskrim. *eheee...hiperbola sangat kah..?..=P* Dari puncak ini kita dapat melihat gunung Semeru, Gunung Wilis, Gunung Kidul, Merapi, Merbabu, Sindoro, Sumbing dan gunung Slamet. Segala momen cuba dirakam dan seakan tidak mahu terlepas menatap panorama alam tersebut. Setelah puas berfoto dan merakam momen yang istimewa di puncak Majapahit dan sekitarnya, kami bersiap untuk menuruni semula ke warong Mbok Yem.*uhuuk...1 kerugian saat itu adalah aku tidak membawa bendera malaya apabila melihat bendera merah+putih berkibar di puncak ...=P*.
Setelah berkemas dan meminta izin kepada pemilik warung Mbok Yem, kami menuruni gunung dengan memilih jalur Cemoro Kandang. Jalur ini katanya mengambil masa yang agak lama dan merupakan perjalanan yang agak jauh berbanding jalur Cemoro Sewu. 7 jam perjalanan diambil untuk menurui lereng gunung yang sekali lagi menguji kemampuan fizikal dan ketahanan tubuh yang kuat serta bahagian tumit kaki yang terpaksa menahan tekanan akibat menuruni lereng gunung. Meskipun semakin lelah namun segalanya terbalas dengan hamparan bunga edelwise yang sangat cantik sepanjang perjalanan...*ups aku sempat memetik edelwise...muga tidak ada apa2 yang aneh berlaku...uhuuk..*
hayoo...menurun
kita rehat dulu yeeee...
bunga edelwiseeeeeeee......=D
INFO TAMBAHAN
- Sekiranya anda dari Jakrta, anda boleh ke sini menaiki keretapi jurusan Jakarta-Solo ataupun bas langsung Jakarta-Solo. Setelah itu, dari terminal bas Tertonadi, Solo anda perlu menaiki bas jurusan Tawamangu. Dari sini anda akan menaiki sebuah van yang menuju kea rah Cemoro Sewu.
- Sekiranya anda menaiki kapal terbang dari Malaysia, pilihlah penerbangan Kuala Lumpur-Solo. Setelah itu langsung ke terminal bas Ternonadi, Solo dan ikuti perjalanan seperti di atas.
- Tiket masuk pendakian sebanyak RP 5 ribu.
- Anda dinasihatkan untuk membawa segala perlengkapan pakaian dna peralatan yang sesuai untuk melakukan pendakian tersebut.
6 comments:
Keren Ueeeeeeeeeeee..
lanjut ke MERAPI yuk...
Rencana klo jadi entar pas waktu tahun baru...
ehemmm....merapi yooo..maunyaaa..tapi nunggu fajar dulu deh..biar bisa bareng2...eheeee...;)
bila tengok nti ni dan teman2, ana teringat bila menonton filem GIE, dia juga seorang pecinta alam..cantekk sekali permandangannya, subhanallah
ustad...saye juga terinspirasi dari filem Gie...ehee..=)
tabik spring!! teruskan, insyaAllah..
ups...i.allah lanjut..next gunung...MAHAMERU...ade memorial GIE di atasnya..bersama Adnan Lubis...eheee...;)
Post a Comment