Monday, 14 November 2011

empangan Tasik TIMAH TASOH...=D

Senario Hari Raya Haji Kedua….”ayah…jom kita berangkat ke utara Perlis petang ini”..*Ehek..ini adalah nada memujuk akibat disuruh oleh emak*. Setelah  ayah bersetuju, tanpa lengah2 langsung kami bersiap mengemas pakaian dan barang2 untuk bepergian. Aku menyempatkan diri untuk mendapatkan segala informasi tentang tempat2 menarik yang telah aku terlewatkan sebelum ini. Beberapa senarai tempat sudah aku catatkan di dalam buku perjalananku.*seperti lazimnya persiapan aku sebelum bepergian kemana2*.

Perjalanan yang memakan masa selama 8 jam dengan berhenti di beberapa kawasan rumah rehat pun berakhir dengan ketibaan kami dengan selamat di rumah singgah di kota kayang. Menjelang subuh, pintu rumah mulai diketuk lalu sosok Pak Long dan Mak long menyambut ketibaan kami yang pada awalnya kononnya mahu memberi kejutan kepada mereka akan kedatangan kami….*hehehe..akibat aku menulis status di laman muka buku, lalu pak long mendapat tahu langsung menelefon ibu..erk...pecah rahsia..=p*


inilah pemandangan empangannya...


Bermulalah perjalanan kami pada hari pertama di negeri kayangan dengan menulusuri beberapa tempat yang dihajati. Empangan Timah Tasoh menjadi destinasi persinggahan kami sebelum menuju ke kompleks membeli belah Padang Besar. Lokasi ini berada 12 km dari Kangar dan 15 km dari Padang Besar. Kami melewati papan tanda yang menunjukan arah ke Tasoh Lake Resort & Retreat.  Pepohonan rendang yang menghijau kelihatan memenuhi sepanjang jalan yang memberikan aroma kesegaran dan alami di sini. Jalur jalan ini membawa kami kepada hamparan panorama indah  empangan tasik timah tasoh yang dikelilingi oleh bukit bukau. Syukurlah hari seakan cerah dan ceria hari ini. Owh yah… ternyata empangan Tasik Timah Tasoh ini merupakan tasik buatan yang terhasil daripada pertemuan 2 batang anak sungai utama pada suatu masa dahulu iaitu Sungai Timah dan Sungai Tasoh.*ooo mungkin sebab itulah namanya tasik Timah Tasoh…;)*. Dengan keluasan 48 ekar, ternyata empangan ini menjadi pusat tadahan air hujan yang menyalurkan bekalan air bagi segala aktviti pertanian dan perindustrian di seluruh negeri Perlis. Selain itu, apa yang menariknya di sini adalah ia turut menjadi tempat persinggahan sekumpulan burung pada musim sejuk.*wooo…waktu yang sesuai untuk meneropong dan memasang tele-lens…ahakk…;)*


pintu masuk resort untuk bertanyakan pakej2 nya...

inilah rumah penginapannya..macam rumah berhantu jerkk..uhuuk..

bukit bukau...banjaran2..ahaakk
ahakk..sape nak naik sampan tuhh...ehee..
upsss...romantisnya..ehehe..;)




Tasoh Lake Resort & Retreat yang baru dibina beberapa tahun ini merupakan tempat penginapan dan percutian keluarga yang menyajikan pemandangan indah Tasik Timah Tasoh, Banjaran Nakawan, Bukit Cabang dan Bukit Manik.. Dengan pemandangan serba hijau yang masih mengekalkan elemen moden dan tradisional dalam setiap senirekanya tidak hairanlah lokasi ini menjadi destinasi singgahan bagi para pengunjung  ke beberapa lokasi popular di negeri Perlis seperti kompleks membeli belah Padang Besar,Wang Kelian, Gua Kelam dan tempat2 reakreasi yang lain serta mereka yang ingin ke sempadan Thailand. Aku berkesempatan bertanya pakej-pakej penginapan yang disediakan di resort ini. Harganya bermula dari RM 130-RM 500. Daripada informasi yang kudapatkan ternyata resort ini merupakan satu-satunya resort yang mengetegahkan aktiviti berkumpulan. Antara perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di sini ialah mesyuarat, perkahwinan, kem motivasi, aktiviti rekreasi dan perkhehmahan.

mari duduk2 santai...
pondok2 rehat yang disediakan kat sini...


Oleh kerana tujuan kedatangan kami ketika itu hanya untuk menikmati panorama alam di sini, jadi tujuan menginap bukanlah menjadi keutamaan. Tanpa dikenakan sebarang pungutan bayaran masuk, kami sebebasnya menikmati segala yang ada di sini. Angin yang bertiup sepoi2 bahasa , lantas memberikan aroma kesegaran yang amat sesuai untuk merehatkan minda dengan panorama alam bukit bukau yang cantik. Kelihatan ruang-ruang rehat dan pondok2 kecil dibina di tepian tasik yang disediakan oleh kawasan resort bagi kemudahan para pengunjung merakam pemandangan indah untuk memotret2. *upsss..katanya lokasi ini turut menjadi tempat pembuatan video klip Aliyah dan beberapa cerita lain..eheek..=P*.

Bagi anda yang akan mengunjungi kota kayangan ini, jangan lupa untuk menjadikan lokasi ini sebagai destinasi singgahan nanti. Semoga tak terlewatkan…;)


Informasi Tambahan


2 comments:

Izza Jalil said...

cantekk!! teruskan penulisan santai mcm ni ainum.. xda la rasa mcm membaca fakta aje..gud job!!

Hamka Kecil said...

terima kasih kakak..aminnn..moga cik dapat teruskan gn menulis...eheeeee...;)

Post a Comment

 
;