Monday, 28 November 2011 2 comments

tasik temasik TASIK RABAN..;)

“Dik..galeri masih tutup lagi dik… Jam 10 nanti baru dibuka…Uhukk…tersedak…kalau muzium bang? Muzium sekarang sedang direnovasi dan memang tak boleh masuk ke dalamnya”…*erkkkkkkkk…pulak dahhh (@-@)…habis semua perancangan kita hari ini…hoho…*. Ketibaan kami seawal jam 9 pagi waktu itu amat mendukacitakan.  Sambil duduk melangu dan menimbang2 mahu menunggu ataupun  sebaliknya. Enjin kereta lansung dihidupkan dan kami memutuskan untuk mengelilingi Bandar Diraja Kuala Kangsar sebentar sebelum menuju ke Lenggong. Lenggong?....ahaaak…=P.

Perjalanan hampir suku hari telah membawa kami ke sebuah daerah bernama Lenggong. Lenggong merupakan sebuah bandar yang terletak di bahagian utara Perak yang berhampiran dengan Gerik, Empangan Temenggor, Lawin, Kota Tampan dan Banding. Jalan ke Lenggong kebanyakannya diselitupi oleh ladang kelapa sawit dan hutan rimba. Kami mengambil jalur ke Lenggong dengan mengikuti jalan lama yang sudah ditata dengan baik. Melalui kawasan perkampungan2 dan hamparan gunung-ganang yang membentuk Banjaran Titiwangsa dan Banjaran Bintang yang dilitupi  awan, sedikit sebanyak mengubat dukacita kami di Bandar Diraja pagi tadi. *moga2 tidak sia2 kami ke sini...sambil berharap*.




ups...mungkin beginilah cerita pohon kayu yang dimaksudkan...ehee

Menurut lagenda, asal usul nama Lenggong juga agak unik. Kononnya pada zaman dahulu ada seorang Semang yang hendak menebang sepohon kayu yang besar. Mengikut ceritanya pokok itu sebesar empat atau lima pemelok. Oleh kerana pangkal pokok itu keadaannya berbanir, jadi susahlah hendak menebangnya. Si Semang tadi berusaha pula membuat pelenggar  (iaitu suatu tempat bertanjak untuk menebang pokok). Dengan bersusah payah dia menebang, akhirnya tumbanglah pokok itu. Tetapi malangnya pokok yang ditebang oleh Semang itu menimpa sepohon pokok kayu kecil yang lain. Pokok yang kecil itu patah dan menyebabkan pokok yang ditebang itu terlanggong di atasnya. Batang kayu yang terlanggong itu, tinggallah di situ hingga beberapa lamanya. Akhirnya tempat itu dinamakan "Langgong". Lama kelamaan nama "Langgong" itu berubah mengikut pelat sebutan menjadi "Lenggong", dan kekal nama itu hingga sekarang....*oooo..begitu ceritanya...baru tahu juga..eheee..=P*.


fasilitas2 yang serba lengkap..


hemmm...mahu cuba yang ini..?

naik..jangan tak naik...ahaak
hemmmm....ala2 romantis gitu...ahaak..=P



Akhirnya papan tanda yang menunjukkan arah Tasik Raban pun dijumpai. Tasik Raban merupakan salah satu tempat yang harus dikunjungi sekiranya anda ke Lenggong. Lantas kami mengikuti arah papan tanda tersebut dan mencari tempat meletak kenderaan. Hawa pergunungan dari banjaran yang sungguh segar menerpa seolah2 menyambut kedatangan kami. Di tepian tasik kelihatan beberapa sosok warga yang sedang asyik memancing menunggu hasil tangkapannya. Kami terus berjalan mengelilingi di sekitar tasik yang menempatkan rumah rehat yang dilengkapi dengan surau, tempat makan, tandas, beberapa ruang tempat duduk di tepian tasik beserta tempat persewaan bot mengelilingi tasik, kayak dan sampan kayuh. 


Abang Hafiz yang ramah bercerita...eheee...=D

hemm..inilah pakej2 yang disedikan di sini....

silakan saja pilih pakej yang berkenan di hati..ahakk..;)

Leka berjalan mengelilingi tasik sambil merehatkan mata, kami terlihat sosok seorang lelaki muda yang sibuk mengemaskini bot di jeti. Lantas kami ke sana dan bertanya soal harga bot untuk mengelilingi Tasik Raban...*erkkk..pantang nampak peluang..=P*. Tika itu, Tasik Raban masih sepi dan belum dipenuhi oleh warganya. Setelah tawar-menawar pun berlaku dengan lelaki muda yang bernama abang Hafiz dan kami pun bersetuju dari segi harganya, lalu jaket keselamatan dipakai dan siap untuk mengemudi..*yeahh...=D*. Menurut abang Hafiz, yang turut menceritakan tentang kewujudan Tasik Raban ini, katanya dahulu kala di sini merupakan sebuah perkampungan kecil. Namun setelah Empangan Chemoh disekat dan berlaku limpahan air, maka air yang melimpah itu mengalir ke perkampungan mereka sehingga menyebabkan banjir yang menenggelamkan perkampungan di sini dan membentuklah sebuah tasik yang dinamakan Tasik Raban. Owh yah.. Tasik Raban juga merupakan salah satu tasik yang turut menyatu dengan Sungai Perak.

ups..kami sudah sampe ke Venice..kah2...=P


ahak...sapelah pemilik dusun tengah tasik nih...alahai..(@-@)

hemm.....daun mengkuang yang bakal membentuk sebuah pulau2 kecil...

banjaran gunung seperti gula2 kapas...sedap dimakan...uhuu

Banjaran Bintang kah...ahaaak...

 
Banjaran Titiwangsa kah.eheee...lupaa sudaah...=P

Sekitar 30 minit kami dibawa berkeliling di sekitar Tasik Raban dan pertemuan arus Sungai Perak. Apa yang menariknya di tasik ini adalah anda dapat menyaksikan pulau2 kecil  yang sudah mempunyai pemilik dipenuhi dengan rumah rehat dan dusun..*menarik  kan..sambil berangan...siapalah gerangan pemilik pulau nih..ehee..(@-@)*. Selain itu, di perairan tasik ini dipenuhi dengan daun2 mengkuang yang akhirnya akan membentuk sebuah pulau2 kecil akibat fenomena alam yang berlaku...*takjub2....eheee...*. Tanpa lengah2, seperti kelazimaan aku mengeluarkan alat menembakku...apa lagi kalau bukan kamera...*ahaak..snap2..=P*. Kami terus dibawa menyusuri sungai yang melalui di bawah Jambatan Sultan Nazrin Syah ala-ala menyusuri sungai di Venice pula...*ahaak..bab2 berangan nih mang tak boleh dielakkan..eheek..=P*. Kelihatan air Tasik Raban yang bewarna bening kecoklatan menjadi keruh setibanya kami di aliran air Sungai Perak. Menurut abang Hafiz, sekiranya kita bernasib baik, kita akan dapat melihat perubahan air yang jelas antara Tasik Raban yang sedikit hening dengan Sungai Perak yang begitu keruh berdasarkan perubahan warna air tersebut. *fuhhh...alangkah indah kalau dapat men snap pemandangan ini dari atas....erkkk...=P*. Bukan itu sahaja,  bahkan panorama alam di sekitar tasik ini diwarnai dengan kehijauan gunung-ganang Banjaran Titiwangsa dan Banjaran Bintang yang menambahkan keindahan alam semulajadi yang maha dahsyat.....*gunung-ganang yang sedap dimakan seperti gula2 kapas...ehehehe..;)*. 






Sunday, 20 November 2011 6 comments

Negeri Atas Awan Puncak MAJAPAHIT

*mas..ntar kalo udah nyampe Universitas Muhamadiyah dikasitau yah..soalnya aku kurang tau tempatnya…”yoo mbak”,jawab mas kondaktur bas*. Ternyata telingaku kurang mendegar sewaktu konduktur bas yang kunaiki memberitahu sudah melepasi kawasan universiti. Terus aku mengirim pesanan kepada fajar menyatakan bahawa aku sudah terlajak di hadapan universiti. Belum pun hilang kepenatan percutian bersama teman sekuliah di pulau Karimun Jawa, aku terus melanjutkan perjalananku dari Semarang ke Solo menaiki bas ISMO dengan tarif harga RP 20 ribu. Sekitar 2 jam perjalanan dari semarang aku selamat tiba di depan Rumah Sakit (hospital) Islam Surakarta.


Perkenalan di dalam forum backpacker Indonesia telah mempertemukan kami dan merencana untuk  mendaki puncak Majapahit di Gunung Lawu, Solo. Setelah berehat malamnya di rumah singgah singgah di Solo yang bernama Erna, esok paginya aku dijemput oleh Fajar dan dipertemukan dengan teman-teman lain yang turut sama mendaki. Bertemankan Fajar, mas cepot, Agus, Agung, Lean, Sugik, mas Adi, mba Eni dan Hesti telah membawa kami ke gunung lawu yang mempunyai misteri yang tersendiri di jawa tengah ini. Setelah menikmati sarapan pagi khas Solo nasi ruwet, kami memulakan perjalanan. Syukurlah cuaca pagi yang sedikit berkabut dan cerah mendukung untuk memulakan pendakian….ahaak...=D.
inilah teman2  pendakinya...ahaak..;)

kaunter tiket masuk..bayar dulu...


jom mendaki...uhuuuk..(@-@)
Cemoro Sewu dipilih menjadi jalur pintu masuk bagi pendakian kami.  Setelah berurusan di kaunter masuk dan membayar sejumlah RP 5 ribu, kami memulakan pendakian dengan penuh santai dan sangat sesuai bagi para pendaki yang masih baru seperti aku. *terima kasih kalian yang sangat memahami..eheheh..;)*. Aku diberitahui bahawa  jalur ini menempatkan beberapa pos yang harus dilalui oleh kami untuk sampai ke puncak Lawu. Melalui jalur Cemoro Sewu, kami akan melewati 5 pos dan pendakian agak lebih menanjak. Namun, usah dikhuatiri keranan jalannya yang berbatu-bata masih ditata dengan baik. Apa yang diperlukan hanyalah kemampuan tenaga yang akan teruji ketika menaiki tatanan jalan batu-bata untuk sampai ke setiap pos perhentian…*uhuuk…macam nak pengsan jah…(@-@)..fuhhh.. nasib baik ada kantung oksigen…kekeke..=P*.



eheeiiii..negeri atas awan...=D...erk benderaku....


ehemmm...inilah Hargo Dalem
owh yah..apa yang menjadi tarikan gunung ini bagiku adalah cerita lagenda Gunung Lawu yang menyimpan mistik untuk diteroka….*eheee…bab2 mitos&mistik ini yang aku suka..ahak…=P*. Gunung Lawu merupakan gunung yang terletak di jawa tengah, Indonesia dengan ketinggian 3265 m dari permukaan laut dan masih selamat untuk didaki. Ia memiliki 2 puncak iaitu Hargo Tiling dan puncak yang tertinggi adalah Hargo Dumilah. Menurut lagenda yang diperolehi, Gunung Lawu merupakan tempat yang sakral dan masih menjadi kegiatan spiritual di tanah Jawa yang berhubungkait dengan budaya Raja Mataram. Jadi tidak tidak hairanlah terdapat beberapa lokasi yang maish dipercayai mempunyai kesan yang misteri seperti Petilasan Harga Dalem yang dipercayai sebagai tempat ghaib Raja Majapahit dan Hargo Tiling pula dipercayai sebagai tempat ghaib Ki Sabdopilan. Manakala Hargo Dumilah pula sering digunakan sebagai tempat perlawanan batin dan meditasi. Selain itu, tempat2 lain yang turut menjadi misteri di sini adalah Sendang Inten, Sendang Drajat, Sendang Panguripan, Sumur Jalatunda, Kawah Candradimuka, Repat Kepanasan/Cakrasurya dan Pringgodani…*tak semua tempat2 misteri ini kami lalui kerana jalur jalan yang berbeza…uhuuk..terlepas..*


panas2 dulu yah...;)

warung Mbok Yem...tempat untuk berehat n tidoo...

Pendakian selama 9 jam diteruskan dengan pemberhentian di beberapa pos sehingga kami tiba di pos perhentian yang terakhir di warung Mbok Yem sekitar jam 7.30 malam. Di pos ini terdapat khemah besar yang menyediakan tempat penginapan bagi para pendaki merehatkan badan dan menjamu selera ala kadar yang dijual di sini. Kedinginan malam yang menusuk tulang benar2 memberi ketidakselesaan padaku oleh sebab kejutan suhu melampau dengan keadaan fizikal yang masih lemah. Ternyata suasana hangat di dalam khemah Mbok Yam masih belum cukup menghangatkan tubuh. Mata yang masih terjaga membawaku untuk menjenguk suasana malam di luar meskipun kedinginan mulai menyapa.
Bintang-bintang yang memenuhi langit malam membuatku terdiam dan memandang tanpa berkedip. *Owh Tuhan…sugguh cantik bintang2 ini entah ribuan..entah jutaan..entah billion…tak tercapai dek akal untuk menghitungnya..ehee…ala2 romantik gitu..ahaak..=P* . Setelah kedinginan malam benar-benar menerpa, lantas aku masuk ke dalam khemah dan mendekati unggun api. Pantas membuatku sedikit terlena  dek kehangatan di situ. Namun lenaku terjaga kerana aku mulai berasa mual2 akibat sakit perut+angin kerana kesejukan benar2 membantutkan selera makanku. *ups..terima kasih kalian yang memberi ubat, memaksa makan dan segala2 nya..meskipun masih menggigil berenang di dalam sleeping bag, 2 lapis jaket, berlapis2 baju dan stokin, sarung tangan…ternyata masih belum mencukupi…gurrr..gurrrr…(@-@))*. 


yeah...kami dah sampai ke puncak Hargo Dumilah...=D

Mataku masih liar memandang sekeliling dan melihat pelbagai ragam manusia yang turut mempunyai  tujuan yang sama untuk menikmati matahari terbit di puncak Lawu. Dari raut wajah2 mereka terpancar keletihan, kegembiraan, menggigil menahan kesejukan dan tak kurang yang menghabiskan malam dengan berbual2. Waktu yang ada cuba digunakan sebaik mungkin untuk berehat sejenak bagi mengembalikan tenaga. Sekitar 5 minit aku berjaya terlelap, aku dikejutkan dengan suara Lean mengajak ke puncak. Meskipun keadaan tubuh yang masih kurang sihat sepenuhnya, aku tidak mahu melepaskan detik-detik istimewa yang sememangnya menjadi hasrat utama. Akhirnya dengan berkat kesabaran mendaki lereng puncak yang semakin menanjak,  kami berjaya sampai di atas ketika subuh menjelang. *erkk…macam x percaya dah sampai ke puncak…huhuhu…syukur…;)*


jom...cari port sesuai..ahaak

penuh menanti..akhirnya terbit jugak....

ups....eheeeeee




ini view dari puncak



Lantas dengan segera kami mencari lokasi yang bagus untuk melihat matahari terbit memancarkan surianya. Hawa syahdu tiba-tiba menyelubungi hati ketika itu dan seakan terkelu apabila menyaksikan dengan mata sendiri panorama alam yang maha dahsyat. Negeri atas awan...itulah yang terpacul di saat melihat sang suria terbit memancarkan sinarnya di kala pagi yang dingin bertemankan gugusan awan yang cantik seperti aiskrim. *eheee...hiperbola sangat kah..?..=P* Dari puncak ini kita dapat melihat gunung Semeru, Gunung Wilis,  Gunung Kidul, Merapi, Merbabu, Sindoro, Sumbing dan gunung Slamet. Segala momen cuba dirakam dan seakan tidak mahu terlepas menatap panorama alam tersebut. Setelah puas berfoto dan merakam momen yang istimewa  di puncak Majapahit dan sekitarnya, kami bersiap untuk menuruni semula ke warong Mbok Yem.*uhuuk...1 kerugian saat itu adalah aku tidak membawa bendera malaya apabila melihat bendera merah+putih berkibar di puncak ...=P*. 


hayoo...menurun

kita rehat dulu yeeee...

bunga edelwiseeeeeeee......=D

Setelah berkemas dan meminta izin kepada pemilik warung Mbok Yem, kami menuruni gunung dengan memilih jalur Cemoro Kandang. Jalur ini katanya mengambil masa yang agak lama dan merupakan perjalanan yang agak jauh berbanding jalur Cemoro Sewu. 7 jam perjalanan diambil untuk menurui lereng gunung yang sekali lagi menguji kemampuan fizikal dan ketahanan tubuh yang kuat serta bahagian tumit kaki yang terpaksa menahan tekanan akibat menuruni lereng gunung. Meskipun semakin lelah namun segalanya terbalas dengan hamparan bunga edelwise yang sangat cantik sepanjang perjalanan...*ups aku sempat memetik edelwise...muga tidak ada apa2 yang aneh berlaku...uhuuk..*

INFO TAMBAHAN
  • Sekiranya anda dari Jakrta, anda boleh ke sini menaiki keretapi jurusan Jakarta-Solo ataupun bas langsung Jakarta-Solo. Setelah itu, dari terminal bas Tertonadi, Solo anda perlu menaiki bas jurusan Tawamangu. Dari sini anda akan menaiki sebuah van yang menuju kea rah Cemoro Sewu.
  • Sekiranya anda menaiki kapal terbang dari Malaysia, pilihlah penerbangan Kuala Lumpur-Solo. Setelah itu langsung ke terminal bas Ternonadi, Solo dan ikuti perjalanan seperti di atas.
  • Tiket masuk pendakian sebanyak RP 5 ribu.
  • Anda dinasihatkan untuk membawa segala perlengkapan pakaian dna peralatan yang sesuai untuk melakukan pendakian tersebut.







Monday, 14 November 2011 2 comments

empangan Tasik TIMAH TASOH...=D

Senario Hari Raya Haji Kedua….”ayah…jom kita berangkat ke utara Perlis petang ini”..*Ehek..ini adalah nada memujuk akibat disuruh oleh emak*. Setelah  ayah bersetuju, tanpa lengah2 langsung kami bersiap mengemas pakaian dan barang2 untuk bepergian. Aku menyempatkan diri untuk mendapatkan segala informasi tentang tempat2 menarik yang telah aku terlewatkan sebelum ini. Beberapa senarai tempat sudah aku catatkan di dalam buku perjalananku.*seperti lazimnya persiapan aku sebelum bepergian kemana2*.

Perjalanan yang memakan masa selama 8 jam dengan berhenti di beberapa kawasan rumah rehat pun berakhir dengan ketibaan kami dengan selamat di rumah singgah di kota kayang. Menjelang subuh, pintu rumah mulai diketuk lalu sosok Pak Long dan Mak long menyambut ketibaan kami yang pada awalnya kononnya mahu memberi kejutan kepada mereka akan kedatangan kami….*hehehe..akibat aku menulis status di laman muka buku, lalu pak long mendapat tahu langsung menelefon ibu..erk...pecah rahsia..=p*


inilah pemandangan empangannya...


Bermulalah perjalanan kami pada hari pertama di negeri kayangan dengan menulusuri beberapa tempat yang dihajati. Empangan Timah Tasoh menjadi destinasi persinggahan kami sebelum menuju ke kompleks membeli belah Padang Besar. Lokasi ini berada 12 km dari Kangar dan 15 km dari Padang Besar. Kami melewati papan tanda yang menunjukan arah ke Tasoh Lake Resort & Retreat.  Pepohonan rendang yang menghijau kelihatan memenuhi sepanjang jalan yang memberikan aroma kesegaran dan alami di sini. Jalur jalan ini membawa kami kepada hamparan panorama indah  empangan tasik timah tasoh yang dikelilingi oleh bukit bukau. Syukurlah hari seakan cerah dan ceria hari ini. Owh yah… ternyata empangan Tasik Timah Tasoh ini merupakan tasik buatan yang terhasil daripada pertemuan 2 batang anak sungai utama pada suatu masa dahulu iaitu Sungai Timah dan Sungai Tasoh.*ooo mungkin sebab itulah namanya tasik Timah Tasoh…;)*. Dengan keluasan 48 ekar, ternyata empangan ini menjadi pusat tadahan air hujan yang menyalurkan bekalan air bagi segala aktviti pertanian dan perindustrian di seluruh negeri Perlis. Selain itu, apa yang menariknya di sini adalah ia turut menjadi tempat persinggahan sekumpulan burung pada musim sejuk.*wooo…waktu yang sesuai untuk meneropong dan memasang tele-lens…ahakk…;)*


pintu masuk resort untuk bertanyakan pakej2 nya...

inilah rumah penginapannya..macam rumah berhantu jerkk..uhuuk..

bukit bukau...banjaran2..ahaakk
ahakk..sape nak naik sampan tuhh...ehee..
upsss...romantisnya..ehehe..;)




Tasoh Lake Resort & Retreat yang baru dibina beberapa tahun ini merupakan tempat penginapan dan percutian keluarga yang menyajikan pemandangan indah Tasik Timah Tasoh, Banjaran Nakawan, Bukit Cabang dan Bukit Manik.. Dengan pemandangan serba hijau yang masih mengekalkan elemen moden dan tradisional dalam setiap senirekanya tidak hairanlah lokasi ini menjadi destinasi singgahan bagi para pengunjung  ke beberapa lokasi popular di negeri Perlis seperti kompleks membeli belah Padang Besar,Wang Kelian, Gua Kelam dan tempat2 reakreasi yang lain serta mereka yang ingin ke sempadan Thailand. Aku berkesempatan bertanya pakej-pakej penginapan yang disediakan di resort ini. Harganya bermula dari RM 130-RM 500. Daripada informasi yang kudapatkan ternyata resort ini merupakan satu-satunya resort yang mengetegahkan aktiviti berkumpulan. Antara perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di sini ialah mesyuarat, perkahwinan, kem motivasi, aktiviti rekreasi dan perkhehmahan.

mari duduk2 santai...
pondok2 rehat yang disediakan kat sini...


Oleh kerana tujuan kedatangan kami ketika itu hanya untuk menikmati panorama alam di sini, jadi tujuan menginap bukanlah menjadi keutamaan. Tanpa dikenakan sebarang pungutan bayaran masuk, kami sebebasnya menikmati segala yang ada di sini. Angin yang bertiup sepoi2 bahasa , lantas memberikan aroma kesegaran yang amat sesuai untuk merehatkan minda dengan panorama alam bukit bukau yang cantik. Kelihatan ruang-ruang rehat dan pondok2 kecil dibina di tepian tasik yang disediakan oleh kawasan resort bagi kemudahan para pengunjung merakam pemandangan indah untuk memotret2. *upsss..katanya lokasi ini turut menjadi tempat pembuatan video klip Aliyah dan beberapa cerita lain..eheek..=P*.

Bagi anda yang akan mengunjungi kota kayangan ini, jangan lupa untuk menjadikan lokasi ini sebagai destinasi singgahan nanti. Semoga tak terlewatkan…;)


Informasi Tambahan


 
;