“sekiranya lamaran ditolak, Kuala Jelapang akan menjadi padang jarak padang terkukur!”
klasik..klasik....suke2..hehehe..=P
pintu masuk ke Panggung Bandaraya
Bertemankan teman sekepala...*Pija*.., kami sampai di bangunan lama Pangung Bandaraya, terus ke meja pendaftaran dan membayar sejumlah Rm 5 untuk menontonnya. Menunggu seketika, sebelum panggung dimulai dengan gerombolan sosok manusia yang mungkin di kalangan peminat, ahli keluarga, penyokong teater atau sosok yang sekadar menghabiskan masa di hujung minggu. Pintu panggung mulai dibuka dan kami dijemput masuk oleh penjaga pintu dengan pilihan tempat duduk bebas. Kami mencari ruangan yang senang untuk dijadikan bahan bukti...*apa lagi kalo bukan snap2...hehehe..=P*
lampu2 neon....uhuuui... turut beri kesan romatik...;)
hemm...3 sekawan yang lucu...=D
Susasana panggung kelihatan agak menarik dengan lampu2 neon di sisi serta ukiran atas panggung yang punyai motif yang agak bagus. Sesuai juga untuk memberi kesan dan aroma panggung yang tersendiri. Dendangan muzik mulai kedengaran..*ups...sebenarnya lebih asyik lagi sekiranya peralatan muzik lama digunakan untuk memberikan kesan nostalgia Bangsawan*. 3 orang watak pelakon teater mulai berada di ruang panggung dengan pembuka bicara yang mencuit hati penonton. Aku saja terhibur melihat gelagat pak cik yang agak berusia dengan loghat pekat utaranya cuba menceritakan sejarah bangsawan dan asal muasal teater bangsawan ini.
suka adegan ini...ngakak mulu deh pokoknya..ahaak..=D
ups...putera raja diapit oleh 2 orang puteri cantik dalam mimpinya..owh indah..eheek..=P
hohoo..walaupun mengharapkan karakter fizikal putera yang sedikit muda...sedikit kecewa..hehehe...=P
inilah Dukun Siguntang..tapi kok berbusana jawa yah...uhuuk..=P
Seterusnya suasana panggung diserikan dengan watak raja dan dua orang puteri cantik iaitu Puteri Zaleha dan Puteri Mariam yang sentiasa menghantui mimpi Putera Mahkota Alam. Lantas semenjak mimpi datang mengganggu, susasaan hidup Putera Mahkota Alam dilanda duka nestapa setiap masa. Perubahan laku Putera Mahkota Alam itu, telah mneyebabkan ayahanda dan bondanya berasa amat terharu dan memanggil Dukun Siguntang dititah mengadap. Istiadat perdukuanan bermula dengan jampi dan doa beserta diperjelaskan satu persatu maksud mimpi. Langsung langkah diatur tingkah bertingkah, urusan peminangan bersama angkatan peperangan diutus ke Kuala Jelapang buat meminang Puteri berdarah putih untuk memenuhi maksud mimpi tersebut.
pelajar-pelajar Aswara...ececece
erk...x ingat namanya..katanya lagunya terkenal!...huhu
Durasi pementasan selama 2 jam pun berakhir sekitar jam 10.30 malam. Pementasan malam itu benar-benar mengingatkanku pada wayang orang di Solo. Dengan pengakhiran cerita panggung yang agak dramatis apabila Puteri Zaleha sedia untuk berlari dan berselindung di sebalik bulan....TAMAT..*hehehe*
6 comments:
ingatkan skrip macam novel bukan puteri lindungan bulan..hehe.Rindunya nak pegi tengok teater..huhu. Jeles..jeles..
ahaaak....tau x cik lina...rupe2 nye cik pun baru tau panggung bandaraye akan ade teater di situ tiap 2 minggu sekali...kalo x silap ujung bulan nih ade lagi teater...tema len rasenye..hehhe..
sangat menarik..teruja membaca tulisan cik =)
ehek...dtunggu kedatangan pulangnya...*menambah geng..eheheheh...;)
hati berbisik setiap detik..sabar menanti saatnya yg ditunggu..hehehe ^^
terima kasih atas ulasan anda terbaik..tarian malam itu dari penari kebudayaan kesenian kedah dan penyanyi lelaki itu namanya pak long dialah juga pencipta lagu mawi al-jannah..Tgu nanti tayangan puteri kembali di dwan dbkl dgn artis baru pada 9hb hingga 11hb mei 2014.saya akan memegang watak tengku panglima sasa..
Post a Comment