Wednesday, 12 October 2011

272 Anak Tangga Batu Caves

"Man...temankan cik pergi ke satu tempat nih"....hehehe....seperti biasa kerja memujuk menjadi rutinku untuk berjalan....ahaaak..;). Kali ini kami bertujuan untuk ke sebuah tempat gua peribadatan iaitu Batu Caves. Sekitar 30 minit perjalanan dengan menaiki komuter dengan pemberhentian di beberapa stesen seperti Kl Sentral-Kuala Lumpur-Bank Negara-Putra-Kg Batu-Taman Wahyu-Batu Caves yang merupakan stesen terakhir....*mengingat nama2 stesen seperti sudah jadi suatu kebiasaan...heee..=P*....*SAMPAI... Sejurus tiba, kami disambut oleh patung Hanuman dengan ketinggian 15 meter yang tersergam indah di samping kanan pintu gerbang Batu Caves. Ternyata kedatangan kami agak bertuah kerana dapat menyaksikan upacara ritual masyarakat India  memohon doa dan hajat. Kelihatan barisan panjang dilakukan oleh mereka sambil menunggu juadah makanan…*ups seperti melihat orang mengambil juadah berbuka puasa pula…ahaak*
patung Hanuman yang sudah siap menyambut kedatangan kami dipintu masuk..hehhe..

lihat..macam tunggu nak ambil makanan berbuka kan..hehe..;)

hemm..biasanya piring lampu ini dibeli untuk memohon doa dan hajat..


lembu sebagai simbol bintang suci kepercayaan Hindu..


Sebenarnya Batu Caves merupakan gua batu kapur yang telah wujud lebih seratus tahun dahulu. Gua ini juga terkenal dengan stalaktait dan stalakmait yang begitu indah terbentuk di dindingnya. Di sinilah upacara Thaipusam akan disambut secara besar-besaran oleh masyarakat India. Selain itu, ianya juga tak terkalahkan menjadi tumpuan pelancong asing dan warga tempatan untuk mengetahui lebih lanjut tentang keistimewaan tempat ini. Dari jauh sudah kelihatan sebuah patung yang bewarna keemasan sambil memegang tongkat dengan ketinggian 42.7 meter. Patung  inilah yang menjadi kebanggaan di sini sehingga diiktiraf sebagai patung Dewa Murugan yang terbesar di dunia….*wooooo*.
hemm..inilah patung Murugan yang terbesar di dunia itu..ahaak..;)

upacara ritual sedang dilakukan di kuil 

Setelah melintasi beberapa kuil, kami melewati Cave Villa yang ternyata menggamit hati kami untuk meneroka ke dalam nya. Namun, segalanya terkubur begitu sahaja akibat melihat tiket masuk untuk ke Cave Villa ini sebanyak Rm 7 ringgit…*huhuhu..mahalnya bagi orang tidak berduit seperti kami*. Lantas kami hanya mendapatkan sekeping pamplet untuk melihat objek2 menarik yang berada di dalamnya. Berdasarkan pamplet tersebut, terdapat 7 lokasi menarik yang ditawarkan di situ. Antaranya seperti restoran makanan yang menghidangkan pelbagai juadah makanan masyarakat India, kolam ikan koi yang sangat indah dengan panorama gua yang dapat juga kelihatan dari luar, galeri seni yang memaparkan cerita-cerita tentang masyarakat India dengan monumen2 yang bagus, taman burung yang menampilkan lebih kurang 50 spesis burung pelbagai warna, pentas  kebudayaan dan pertujukan tarian India iaitu “Bharathanatyam” dan haiwan reptilia pelbagai spesis…*hemm…sepertinya agak berbaloi juga..tapi masih belum tahu apakah sama seperti yang dilihat pada pamplet tersebut?…masih saja mikir2*

hasrat terpendam...hehehe...


view kolam ikan koi yang boleh dilihat dari luar sahaja...x pe lah..janji dapat snap2....hehe

kedai2yang turut berjualan di sekitarnya...

Kaki terus melangkah untuk berhadapan dengan 272 anak tangga yang bakal dinaiki…*fuhh…boleh mencairkan lemak2 yang ada*. Menurut kepercayaan dan sumber yang didapatkan, 272 anak tangga ini juga mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama Hindu. Dan diceritakan bahawa sudah ramai di kalangan sami-sami yang terkorban sebelum wujudnya beratus anak tangga ini untuk sampai ke puncak gua…*sadis juga ceritanya…* Beratus-ratus anak tangga inilah yang sebenarnya menjadi daya tarikan yang tersendiri di sini dengan diuji tahap kesabaran dan ketabahan samaada kita berjaya melepasi rintangan tersebut. Tidak cukup dengan itu, kami terpaksa berhadapan dengan gangguan monyet-monyet yang berkeliaran menunggu mangsa...*jika anda tidak bernasib baik, monyet tersebut akan mendekati dan merampas beg bawaan anda..jadi perlu berhati2..hehehe*. Pelbagai ragam manusia dapat dilihat di sini dan sungguh mengasikkan apabila melihat segerombolan keluarga yang menggondolkan kepala mereka untuk memohon hajat.  Begitu juga dengan pasangan suami isteri yang sudah kelihatan agak uzur masih bersemangat memanjat beratus-ratus anak tangga ini…*fuhh…sungguh gigih sekali..*

erkkkk..inilah 272 anak tangga nyaa...air..air..air..

uncle yang cool...ahaak..;)

pasangan suami+isteri yang swit2..masih lagi kuat...

ups..mungkin pasangan ini meminta berkat kelahiran anaknya...*teringat adat potong jambul pula..hehe


Owh yah...sebelum sampai di puncak gua, kami mendapati satu jalur susur ke kiri yang tertulis Dark Cave. Namun seperti biasa hasrat tersebut terpaksa tertunda lagi apabila mengetahui tiket bayaran masuk ke gua tersebut...*blurp2...mahalnya lah...uhukk sambil tersedak*. Dalam gua ini anda akan menemui beberapa fauna yang masih dalam pemuliharaan seperti Trapdoor Spider iaitu sejenis labah-labah yang hampir pupus dengan dipandu oleh Tour Guide yang akan menemani perjalanan anda. Sekadar melewati gua tersebut, perjalanan diteruskan lagi untuk sampai ke puncak. Ternyata segala penat lelah terbalas apabila kami tiba di pintu gua yang dihasratkan. Struktur gua yang maha indah dengan pemandangan stalaktait dan stalakmait di dalamnya. Begitu juga terdapat beberapa patung-patung yang membentuk ceritera yang tersendiri tentang kepercayaan Hindu memenuhi dinding2 gua. Ditambah dengan penataan cahaya lampu memberi kesan khas gua yang membangkitkan suasana seram-seram sejuk...*hehehe...agak hiperbola...=P*


susur jalur masuk ke Dark Cave...

sekitar view masuk dan pendaftaran tiket masuk...

blurp2....hanya terkubur lmeihat harganya...*mahal!!

Suara2 khas ritual kepercayaan Hindu mulai bergema dan hampir menegakkan bulu romaku sebelum kami menaiki beberapa anak tangga terakhir untuk sampai kepuncak gua Kuil Thirumugan. Sekali lagi, kami diberi kesempatan melihat masyarakat India melakukan ritual di kuil di samping para sami yang memberi restu dan doa. Setelah puas berfoto kenangan di puncak kuil dan pemandangan di sekitarnya kami mulai menuruni anak-anak tangga untuk pulang. Perjalanan menurun semakin laju dan membuatku sedikit gayat....*heheh...seperti berada di awang-awangan pula*. Ternyata setibanya di bawah kami disambut oleh sekumpulan burung merpati yang sedang riang-ria beterbangan di halaman. *ups...burung merpati juga meraikan kami..hehehe..=P*. Jadi jangan ketinggalan untuk memotret detik-detik istimewa ini....;)


masuk ke goa...yeah sampai...=D

penataan cahaya yang beri kesan khas gua sambil diiringi gema suara2 ritual..hehhe..*seram2 sejuk

patung2 yang menghiasi dinding gua tentang ceritera kepercayaan Hindu


anak tangga lagi untuk sampai ke puncak gua

inilah kuil Thirumugan yang berada di puncaknya...*SAMPAI jugak...*puas

struktur2 gua yang cantik...

lubang udara di puncak gua yang memberi hawa angin yang damai...ahaak



 *Informasi Tambahan
  • anda boleh ke sini menaiki komuter dari stesen Kl Sentral-Batu Caves dengan harga Rm 2 ringgit.
  • tiket masuk ke Cave Villa dikenakan sebanyak Rm 7 ringgit seorang.
  • tiket masuk ke Dark Caves pula secara berpakej seperti pakej Education Tour bagi dewasa sebanyak Rm 35 ringgit dan kanak-kanak sebanyak Rm 28 ringgit selama 45 minit. Manakala pakej Adventure Tour bagi orang dewasa sebanyak Rm 80 ringgit dan kanak-kanak sebanyak Rm 60 dengan durasi selama 3 jam.
  • sekiranya anda membawa kenderaan sendiri, bayaran meletak kenderaan sebanyak Rm 2 ringgit.





4 comments:

flying jeddi said...

~Assalamualaikum kak, tengok patung2 itu saja sudah membuat saya seram , apatah lagi mahu menjejakkan kaki ke situ..huuu..kena baca doa2 banyak2 ni..selalu kita diajar baca doa apa ya kalau mahu memasuki tempat begitu?

Hamka Kecil said...

hehehhe....tapi setakt akk pergi ok lagi..mungkin udah biasa dengan suasana candi2 di jawa...ahaak..;)

flying jeddi said...

~owh, ye ke? the other day, tgk jugak show kt TV pasal candi..but not in the list , perhaps if you want to invite, seem fine to me , hee =)

Hamka Kecil said...

ahaaaak..wokeh..siip..pape kang reroger...candi apekah yang dilihat itu..?

Post a Comment

 
;