Showing posts with label budaya. Show all posts
Showing posts with label budaya. Show all posts
Sunday, 15 January 2012 4 comments

WAYANG KULIT di balik layar tancap...;)

tik..tik...tik....bunyi rintikan hujan di sudut jendela. Aku cuba menyelak buku2 traveling dan menyemak  kembali catatan perjalanan tentang aktiviti senibudaya di kota Yogyakarta di kala malam. Ahaaak...tertera wayang kulit di Museum Sonobudoyo. Tanpa berfikir panjang dan meredah hujan, kami ke kota yang masih hidup tanpa segan matinya meskipun hujan cuba mendamaikan kota Yogyakarta.

malam2 hujan yang masih hidup....~

Setelah memakir kenderaan yang agak berjauhan dengan museum kerana laluan utama ditutup, kami mulai berjalan kaki sambil menikmati malam gerimis menuju ke arah museum. Semoga nasib menyebelahi kami dan pertunjukan wayang kulit belum habis...*sambil berharap..uhukkk*. Dari catatanku,  pertunjukan wayang ini diadakan setiap malam di Museum Sonobudoyo kecuali hari minggu. Sejurus sampai, kami disambut oleh penjaga muzium sambil ditunjukkan tajuk pewayangan yang dimainkan pada malam itu.


tok dalang dan watak2 wayangnya....

sebahagian tokoh2 wayang dalam kitab2 jawa kuno...

Ahaaaa...rata-rata pertunjukan wayang di sini berlangsung selama 2 jam. Dengan mengambil cerita pewayangan dari kitab jawa kuno seperti kitab Ramayana, Mahabrata, Pustaka Raja Purwa dan Purwakanda dengan menggunakan bahasa jawa halus semestinya menjadikan jalan ceritanya agak hidup. *hemm....tapi x berapa paham pun sebab jawe halus kannn (@-@)*. Sekali lagi kami disambut oleh bapak2  penjaga kaunter tiket wayang kulit yang berharga rp 20 ribu. Kebetulan waktu itu, pertunjukan wayang sudah lama berlangsung dan kira2 setengah jam lagi akan berakhir, kami hanya membayar rp 5 ribu tiap seorang. Ini sudah pasti setelah berlaku tawar menawar antara si bapak dan teman petualangku...*ekekkeke....si bapak bertanya mahunya beropo?. sudah ditanya sedemikian, kami mahunya yang paling murah pak...lalu mengeluarkan 1 keping  rp 10 ribu untuk dua orang...eheeeeee...;)....=P*



citera2 pewayangan yang dimainkan malam itu....

*mungkin ini gunungan yang dimaksudkan di museum Kekayon

Kembali dibawa ke alam sejarah wayang kulit, rupa2nya kemunculannya di tanah jawa memiliki ceritera yang tersendiri yang mempunyai kaitan yang erat dengan kedatangan Islam di jawa. Antaranya adalah peranan Wali Songo yang menciptakan dan mengadaptasikan "wayang Beber" yang berkembang di saat kejayaan Hindu-Budha. Oleh kerana wayang begitu kuat dengan adat jawa, ia dijadikan sebagai saluran media yang tepat untuk menyebarkan dakwah Islam sehinggalah terciptanya wayang kulit sepertimana yang dimainkan di sebalik layar tancap.....*hemmmm...begitu rupanya.....*. Kebiasaanya pertunjukan wayang kulit ini  dimainkan oleh penghibur masyarakat iaitu tok dalang yang hebat. Masakan tidak, selama semalam suntuk, semua tokoh2 wayang yang banyak hanya dimainkan oleh seorang tok dalang yang boleh mengubah karakter suara, berganti intonasi bahkan kadang2 menyanyi. Untuk menghidupkan suasana pula tok dalang akan dibantu oleh para pemain gamelan dan ibu2 yang menyanyikan lagu gamelan jawa....*takjub2...*.

keting2...apabila wayang kulit dilagakan...



para pemain alatan gamelan....

keting...keting..keting....bunyi wayang bergema di sebalik layar yang dimainkan oleh tok dalang sambil menggerakkan tokoh2 wayangnya. Pantas sahaja jari jemari tok dalang tersebut melakukan aksi2 wayang yang kembali menggamit nostalgia lama. Owh yah...yang menariknya pertunjukan di sini, kita boleh memilih untuk menyaksikan pertunjukkan wayang di kedua sisi samada di depan layar @ di belakang layar....*boleh bayangkan x..?*.  Uniknya di belakang layar, kami dapat melihat sendiri beberapa gerombolan ahli2 wayang yang berusaha menjayakan  pertunjukkan wayang malam itu.  Bapak2 yang memukul alat 2 muzik, ibu2 yang menyanyikan lagu gamelan jawa sebagai lagu latar pewayangan dan tok dalang sendiri sambil memegang tokoh2 wayang yang berwarna-warni. Manakala di depan layar pula, kami seperti dibawa ke zaman lampau bertemankan bayangan wayang di sebalik layar tancap yang disinari dengan suluhan lampu blencong...*klasikkkkkkkkkkkk...=D*.

eheeeeee...tersesat yoooo...=P


Kerusi2 masih banyak yang kosong. Tanpa segan silu kami dengan sukahati berpindah2 ke depan dan belakang pentas sambil men snap segala peluang dan peristiwa yang dapat dirakam. *eheee....iki jurnalis opo ki? dibilang bapaknya...gak pak..kita cuma hobi doang..erkkk...=P*. Pertunjukan wayang malam itu hanya disaksikan oleh kami orang Asia dan beberapa gerombolan warga asing...*uhuuk...=P*. keting2...keting2...sekali lagi tok dalang menggerakkan wayangnya dengan iringan gamelan jawa yang rancak dengan paduan suara ibu2 yang digelar sebagai "para sinden" yang lunak dan merdu.

habisss sudahh...;)

eheee...bapak pembuat wayang yang sempoi..;)

ahaaak...beginilah wayang kulit dibuat yer kawan2.....

uhuuii...siap sudah sebagai cenderamata...

Setelah selesai pertunjukan wayang, kami diajak ke ruangan pembuatan wayang yang terletak ruangan bersebelahan. Terdapat beberapa koleksi wayang yang sudah siap diukir dan dijual sebagai cenderamata boleh didapati di sini. Silakan saja memilih koleksi wayang bagi yang berminat...*eheee..mana tahu boleh dijadikan koleksi seperti Museum Kekayon pula..ekekekee...;)*. 

Jemput baca juga di sini yah...(dofont)...;)

INFO TAMBAHAN

  • Pertunjukan wayang kulit ini dapat disaksikan di Museum Sonobudoyo, Jl.Trikora No.6, Yogyakarta.
  • Pertunjukan ini diadakan setiap hari Isnin-sabtu dari jam 8-10 malam
  • Tiket wayang sebanyak rp 20 ribu..


Wednesday, 12 October 2011 4 comments

272 Anak Tangga Batu Caves

"Man...temankan cik pergi ke satu tempat nih"....hehehe....seperti biasa kerja memujuk menjadi rutinku untuk berjalan....ahaaak..;). Kali ini kami bertujuan untuk ke sebuah tempat gua peribadatan iaitu Batu Caves. Sekitar 30 minit perjalanan dengan menaiki komuter dengan pemberhentian di beberapa stesen seperti Kl Sentral-Kuala Lumpur-Bank Negara-Putra-Kg Batu-Taman Wahyu-Batu Caves yang merupakan stesen terakhir....*mengingat nama2 stesen seperti sudah jadi suatu kebiasaan...heee..=P*....*SAMPAI... Sejurus tiba, kami disambut oleh patung Hanuman dengan ketinggian 15 meter yang tersergam indah di samping kanan pintu gerbang Batu Caves. Ternyata kedatangan kami agak bertuah kerana dapat menyaksikan upacara ritual masyarakat India  memohon doa dan hajat. Kelihatan barisan panjang dilakukan oleh mereka sambil menunggu juadah makanan…*ups seperti melihat orang mengambil juadah berbuka puasa pula…ahaak*
patung Hanuman yang sudah siap menyambut kedatangan kami dipintu masuk..hehhe..

lihat..macam tunggu nak ambil makanan berbuka kan..hehe..;)

hemm..biasanya piring lampu ini dibeli untuk memohon doa dan hajat..


lembu sebagai simbol bintang suci kepercayaan Hindu..


Sebenarnya Batu Caves merupakan gua batu kapur yang telah wujud lebih seratus tahun dahulu. Gua ini juga terkenal dengan stalaktait dan stalakmait yang begitu indah terbentuk di dindingnya. Di sinilah upacara Thaipusam akan disambut secara besar-besaran oleh masyarakat India. Selain itu, ianya juga tak terkalahkan menjadi tumpuan pelancong asing dan warga tempatan untuk mengetahui lebih lanjut tentang keistimewaan tempat ini. Dari jauh sudah kelihatan sebuah patung yang bewarna keemasan sambil memegang tongkat dengan ketinggian 42.7 meter. Patung  inilah yang menjadi kebanggaan di sini sehingga diiktiraf sebagai patung Dewa Murugan yang terbesar di dunia….*wooooo*.
hemm..inilah patung Murugan yang terbesar di dunia itu..ahaak..;)

upacara ritual sedang dilakukan di kuil 

Setelah melintasi beberapa kuil, kami melewati Cave Villa yang ternyata menggamit hati kami untuk meneroka ke dalam nya. Namun, segalanya terkubur begitu sahaja akibat melihat tiket masuk untuk ke Cave Villa ini sebanyak Rm 7 ringgit…*huhuhu..mahalnya bagi orang tidak berduit seperti kami*. Lantas kami hanya mendapatkan sekeping pamplet untuk melihat objek2 menarik yang berada di dalamnya. Berdasarkan pamplet tersebut, terdapat 7 lokasi menarik yang ditawarkan di situ. Antaranya seperti restoran makanan yang menghidangkan pelbagai juadah makanan masyarakat India, kolam ikan koi yang sangat indah dengan panorama gua yang dapat juga kelihatan dari luar, galeri seni yang memaparkan cerita-cerita tentang masyarakat India dengan monumen2 yang bagus, taman burung yang menampilkan lebih kurang 50 spesis burung pelbagai warna, pentas  kebudayaan dan pertujukan tarian India iaitu “Bharathanatyam” dan haiwan reptilia pelbagai spesis…*hemm…sepertinya agak berbaloi juga..tapi masih belum tahu apakah sama seperti yang dilihat pada pamplet tersebut?…masih saja mikir2*

hasrat terpendam...hehehe...


view kolam ikan koi yang boleh dilihat dari luar sahaja...x pe lah..janji dapat snap2....hehe

kedai2yang turut berjualan di sekitarnya...

Kaki terus melangkah untuk berhadapan dengan 272 anak tangga yang bakal dinaiki…*fuhh…boleh mencairkan lemak2 yang ada*. Menurut kepercayaan dan sumber yang didapatkan, 272 anak tangga ini juga mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama Hindu. Dan diceritakan bahawa sudah ramai di kalangan sami-sami yang terkorban sebelum wujudnya beratus anak tangga ini untuk sampai ke puncak gua…*sadis juga ceritanya…* Beratus-ratus anak tangga inilah yang sebenarnya menjadi daya tarikan yang tersendiri di sini dengan diuji tahap kesabaran dan ketabahan samaada kita berjaya melepasi rintangan tersebut. Tidak cukup dengan itu, kami terpaksa berhadapan dengan gangguan monyet-monyet yang berkeliaran menunggu mangsa...*jika anda tidak bernasib baik, monyet tersebut akan mendekati dan merampas beg bawaan anda..jadi perlu berhati2..hehehe*. Pelbagai ragam manusia dapat dilihat di sini dan sungguh mengasikkan apabila melihat segerombolan keluarga yang menggondolkan kepala mereka untuk memohon hajat.  Begitu juga dengan pasangan suami isteri yang sudah kelihatan agak uzur masih bersemangat memanjat beratus-ratus anak tangga ini…*fuhh…sungguh gigih sekali..*

erkkkk..inilah 272 anak tangga nyaa...air..air..air..

uncle yang cool...ahaak..;)

pasangan suami+isteri yang swit2..masih lagi kuat...

ups..mungkin pasangan ini meminta berkat kelahiran anaknya...*teringat adat potong jambul pula..hehe


Owh yah...sebelum sampai di puncak gua, kami mendapati satu jalur susur ke kiri yang tertulis Dark Cave. Namun seperti biasa hasrat tersebut terpaksa tertunda lagi apabila mengetahui tiket bayaran masuk ke gua tersebut...*blurp2...mahalnya lah...uhukk sambil tersedak*. Dalam gua ini anda akan menemui beberapa fauna yang masih dalam pemuliharaan seperti Trapdoor Spider iaitu sejenis labah-labah yang hampir pupus dengan dipandu oleh Tour Guide yang akan menemani perjalanan anda. Sekadar melewati gua tersebut, perjalanan diteruskan lagi untuk sampai ke puncak. Ternyata segala penat lelah terbalas apabila kami tiba di pintu gua yang dihasratkan. Struktur gua yang maha indah dengan pemandangan stalaktait dan stalakmait di dalamnya. Begitu juga terdapat beberapa patung-patung yang membentuk ceritera yang tersendiri tentang kepercayaan Hindu memenuhi dinding2 gua. Ditambah dengan penataan cahaya lampu memberi kesan khas gua yang membangkitkan suasana seram-seram sejuk...*hehehe...agak hiperbola...=P*


susur jalur masuk ke Dark Cave...

sekitar view masuk dan pendaftaran tiket masuk...

blurp2....hanya terkubur lmeihat harganya...*mahal!!

Suara2 khas ritual kepercayaan Hindu mulai bergema dan hampir menegakkan bulu romaku sebelum kami menaiki beberapa anak tangga terakhir untuk sampai kepuncak gua Kuil Thirumugan. Sekali lagi, kami diberi kesempatan melihat masyarakat India melakukan ritual di kuil di samping para sami yang memberi restu dan doa. Setelah puas berfoto kenangan di puncak kuil dan pemandangan di sekitarnya kami mulai menuruni anak-anak tangga untuk pulang. Perjalanan menurun semakin laju dan membuatku sedikit gayat....*heheh...seperti berada di awang-awangan pula*. Ternyata setibanya di bawah kami disambut oleh sekumpulan burung merpati yang sedang riang-ria beterbangan di halaman. *ups...burung merpati juga meraikan kami..hehehe..=P*. Jadi jangan ketinggalan untuk memotret detik-detik istimewa ini....;)


masuk ke goa...yeah sampai...=D

penataan cahaya yang beri kesan khas gua sambil diiringi gema suara2 ritual..hehhe..*seram2 sejuk

patung2 yang menghiasi dinding gua tentang ceritera kepercayaan Hindu


anak tangga lagi untuk sampai ke puncak gua

inilah kuil Thirumugan yang berada di puncaknya...*SAMPAI jugak...*puas

struktur2 gua yang cantik...

lubang udara di puncak gua yang memberi hawa angin yang damai...ahaak



 *Informasi Tambahan
  • anda boleh ke sini menaiki komuter dari stesen Kl Sentral-Batu Caves dengan harga Rm 2 ringgit.
  • tiket masuk ke Cave Villa dikenakan sebanyak Rm 7 ringgit seorang.
  • tiket masuk ke Dark Caves pula secara berpakej seperti pakej Education Tour bagi dewasa sebanyak Rm 35 ringgit dan kanak-kanak sebanyak Rm 28 ringgit selama 45 minit. Manakala pakej Adventure Tour bagi orang dewasa sebanyak Rm 80 ringgit dan kanak-kanak sebanyak Rm 60 dengan durasi selama 3 jam.
  • sekiranya anda membawa kenderaan sendiri, bayaran meletak kenderaan sebanyak Rm 2 ringgit.





 
;