Saturday 22 October 2011 2 comments

Ikat2 KERAMAT di MUZIUM TEKSTIL..;)

Laman sesawang sememangnya menjadi teman baikku untuk mendapatkan info2 tempat bepergian. Aku masih lagi mikir2.. dimana lagi tempat yang menarik untuk bepergian. Eheeee….seperti biasa…”Man…free tak hujung minggu nih? Ada Pameran Ikat di Muzium Tekstil*. Lantas melihat tarikh pameran tersebut dan tertera di laman web dari 15 September hingga 23 Oktober…*owh masih sempat lagi…fuhhh*

pintu masuk mesjid tertua di sini....

senibina yang menarik..;)

melewati bangunan lama Sultan Abdul Samad

Lansung kami bertemu di stesyen LRT Masjid Jamik. Aku sendiri berharap untuk menaiki pengangkutan awam sepertimana yang biasa kulakukan di Jakarta. Setelah itu, kita terus berjalan di tepian jalan..jalan…dan jalan….sehingga sampai di Dataran Merdeka. Asyik juga berjalan kaki sambil menikmati bangunan2 lama sekitar Masjid Jami' dan Dataran Merdeka yang sememangnya meninggalkan  kesan nostalgia. Tanpa lengah2 dan bersiap dengan senjata khas…*ehee..ape lagi snap2 lah sebagai bahan bukti*.

ups...kapal selam polis...

Kebetulan waktu kami melewati Dataran Merdeka, terdapat upacara hari Polis di sana. Dataran dipenuhi oleh anggota polis, sosok manusia serta khemah2 mungkin untuk pameran, pertunjukan dan seumpamanya. Sekitar 15 minit kami berjalan, tibalah kami ke destinasi yang dimaksudkan. Muzium Tekstil yang terletak bertentangan dengan Dataran Merdeka dan di samping bangunan tua Sultan Abdul Samad yang telah merakam pengalaman sejarah yang tersendiri. Muzium Tekstil ini merupakan sebah bangunan warisan yang pernah digunakan oleh pelbagai jabatan dan institusi sebelum ini, bangunan yang siap dibna pad atahun 1896 ini berketinggian 2 ½ tingkat dengan keluasan tanah 3259 m2 dan keluasan lantai 3145.3 m2.


inilah pintu masuk Muzium Tekstil...ahaak

Apa yang menariknya memasuki muzium ini, kami tidak dikenakan sebarang bayaran…*ini penting bagi orang tak berduit sepertiku..heheh…=P*. Tujuan kami ke sini adalah untuk melihat Pameran Ikat yang berada di lantai atas Galeri Saindera. Sementara itu, kami menyempatkan diri untuk menelusuri beberapa galeri yang terdapat di muzium tekstil ini. Muzim ini menempatkan 4 galeri yang amat menarik untuk dikunjungi. Dengan fasilitas yang bagus serta ditata rapi, agak berbaloi anda ke sini setelah berkeringat berjalan kaki…*heheh..sambil boleh mencairkan lemak2..kan berbaloi tuh..=P*.

alat2 tenunan dan membatik..ehehhe

ups..macam pernah ada koleksi kain ini...;)

hemm...mau cube..?

oh..batik membatik...

erk..suasana yang sesuai untuk tidur....

Terdapat Galeri Pohon Budi yang mempamerkan sejarah tekstil yang bermula dari zaman pra sejarah serta perkembangan tekstil melalui jalan perdagangan. Di sini, aku baru berkesempatan melihat sendiri bahan dan teknik tradisonal seperti dalam proses tenunan, sulaman, membatik, tekatan serta hiasan manik yang halus…*superb hasil tangan orang2 terdahulu*. Seterusnya kami ke Galeri Pelangi yang memaparkan koleksi terpilih seperti perkembangan batik, koleksi masyarakat Cina, Baba dan Nyonya yang kaya dengan sulaman benang sutera, benang emas dan manik-manik serta koleksi tekstil etnik Sabah dan Sarawak dengan pelbagai motif yang menarik. Setelah penat berjalan, kami cuba merehatkan diri di ruangan tayangan khas di dalamnya dengan fasilitas yang sangat bagus.

busana2 dengan seni motif yg bagus...

erk...menyeramkan jek kepala tuh..huhuhu



cucuk sanggul koleksi opah cik..hehehe


Galeri ketiga yang kami kunjungi berada di lantai atas adalah Galeri Teluk Berantai. Meskipun terpaksa menaiki beberapa anak tangga sememangnya aku berasa puas dengan semua yang dipaparkan disini. Terdapat pelbagai koleksi warisan melayu yang dipamerkan seperti kain telepuk, songket, kain tenun dan beberapa lagi busana yang sangat indah. Penataan cahaya yang agak suram memberi kesan yang berlainan di galeri ini…*sedikit seram..ehhehe..=P*. Seterusnya, kami ke Galeri Ratna Sari yang memperagakan barang kemas dan perhiasan diri bersadurkan emas, perak, tembaga dan manik seperi mahkota, cucuk sanggul, gelang tangan dan gelang kaki dengan motif dan ukiran yang sangat halus..*aku saja kagum dengan seni ukir dan motifnya*


uhuui..kami sampai....;)

sampai jugak akhernya destinasi kami....

Setelah agak lelah memasuki segala galeri yang berada di muzium tanpa satu yang terlewatkan, akhirnya kami menuju ke destinasi yang kami harapkan. Pameran Ikat yang berada di penjuru sudut dengan melewati lorong ke pintu masuk Galeri Saindera. Dengan rentangan beberapa koleksi kain yang terbentang dengan motif yang sangat unik bagiku. Motif tumbuhan dan binatang mewarnai semua yang ada pada rentangan kain tenunan ini. Setibanya di galeri, aku baru saja mengetahui tentang sebuah pulau bernama Sumba di kepulauan Indonesia yang cukup terkenal dengan seni pembuatan ikat dengan nama Ikat Hinggi. Ikat Hinggi merupakan khazanah yang cukup disanjung dan dihargai sehingga saat ini. Begitupun terkenal di kepulauan Indonesia, pembuatan ikat turut menjadi satu warisan bernilai tinggi di Malaya dengan dinamakan Pua Kumbu oleh kaum Iban di Sarawak. Aku saja hampir terngaga melihat keindahan seni dan nilai estetika yang tinggi pada hasil tangan Pua Kumbu dan Ikat Hinggi ini. Sungguh halus motif2 yang terdapat di sini hampir mengingkatku seperti motif mesir purba yang agak eksotik. 




lihat..motifnya seperti ala mesir purba kan...ahaaak


Dari segi motifnya, kulihat Pua Kumbu ternyata lebih senang dengan kombinasi warna kemerah-merahan pada tenunannya di samping beberapa motif tumbuh-tumbuhan, binatang seperti cicak dan buaya serta manusia memenuhi ruang motifnya. Dari info yang tertera di sini, ternyata Pua Kumbu digunakan secara meluas di Sarawak sebenarnya bermaksud `selimut' bagi perkataan Pua dan 'membaluti' untuk Kumbu. Namun tekstil ini turut dijadikan pakaian tradisi termasuk skirt, cawat, jaket dan kain selempang. Selain itu,  ia turut digunakan secara meluas dalam upacara adat istiadat, majlis keraian serta acara keagamaan seperti kelahiran anak dan penutup mayat sebelum pengebumian…*erk...mayat? huhu..*


hasil seni yg sangat2 halus...langsung x terpikir motif sebegitu..unsur2 alam..


Manakala tenunan ikat bagi Ikat Hinggi pula mempunyai banyak persamaan dengan Pua Kumbu dari segi motif hidupan dan geometrik serta menggabungkan warna alam semula jadi. Namun istimewanya, motif Ikat Hinggi yang banyak digunakan bagi acara perkahwinan masyarakat setempat dan penutup mayat sebelum pengebumian, biasanya tercetus melalui mimpi seseorang...*erk..mimpi pulak?*. Nilai setiap Ikat Hinggi bergantung pada saiz, corak atau tempoh ia dihasilkan sehingga boleh mencecah ribuan ringgit. Warna Ikat Hinggi amat cantik dan kelihatan semula jadi kerana menggunakan warna asli bahan alam seperti daripada tumbuh-tumbuhan.

inilah alatan yg digunkan...*boleh bayang x...

hemm...jom main..heheh..;)

eheeeei...cantiknyaaaa...=D

Meskipun perjalanan hari ini benar2 melelahkan namun ia juga memperdalamkan pengetahuanku tentang tenunan ikat yang tidak aku ketahui. Seni halus yang sangat tinggi nilainya. Tapi sayang sekiranya hasil tenunan ini tidak dijaga dan dipelihara dengan baik, dengan senangnya ia akan hilang ditelan zaman. Semoga kita tidak terlewat untuk melihat hasil seni ini...;)








Thursday 20 October 2011 6 comments

Teater Bangsawan Puteri Selindungan Bulan...=D

“sekiranya lamaran ditolak, Kuala Jelapang akan menjadi padang jarak padang terkukur!”

klasik..klasik....suke2..hehehe..=P


Ini antara beberapa rangkap utama yang aku dapatkan setelah menonton Teater Bangsawan Puteri Selindungan Bulan di bawah pimpinan Pak Morad Ibrahim. Bertempatkan di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur, yang sememangnya terkesan dengan senibina bangunan yang berelemenkan klasik dan tua. Aku bernasib baik berpeluang menontonnya setelah terlihat foto-foto teater Bangsawan yang terpampang  di laman muka buku. Lantas jejari laju mengetik laman sesawang mendapatkan segala informasi dan ternyata tanggal 16 Oktober merupakan pertunjukan teater yang terakhir....*ups..tanpa mikir2 langsung gerak..ahaak..=P*

pintu masuk ke Panggung Bandaraya

Bertemankan teman sekepala...*Pija*.., kami sampai di bangunan lama Pangung Bandaraya, terus ke meja pendaftaran dan membayar sejumlah Rm 5 untuk menontonnya. Menunggu seketika, sebelum panggung dimulai dengan gerombolan sosok manusia yang mungkin di kalangan peminat, ahli keluarga, penyokong teater atau sosok yang sekadar menghabiskan masa di hujung minggu. Pintu panggung mulai dibuka dan kami dijemput masuk oleh penjaga pintu dengan pilihan tempat duduk bebas. Kami mencari ruangan yang senang untuk dijadikan bahan bukti...*apa lagi kalo bukan snap2...hehehe..=P*

lampu2 neon....uhuuui... turut beri kesan romatik...;)


hemm...3 sekawan yang lucu...=D

Susasana panggung kelihatan agak menarik dengan lampu2 neon di sisi serta ukiran atas panggung yang punyai motif yang agak bagus. Sesuai juga untuk memberi kesan dan aroma panggung yang tersendiri. Dendangan muzik mulai kedengaran..*ups...sebenarnya lebih asyik lagi sekiranya peralatan muzik lama digunakan untuk memberikan kesan nostalgia Bangsawan*. 3 orang watak pelakon teater mulai berada di ruang panggung dengan pembuka bicara yang mencuit hati penonton. Aku saja terhibur melihat gelagat pak cik yang agak berusia dengan loghat pekat utaranya cuba menceritakan sejarah bangsawan dan asal muasal teater bangsawan ini.

suka adegan ini...ngakak mulu deh pokoknya..ahaak..=D


Pak cik yang sudah agak berusia memulai cerita bahawa asal muasal bangsawan bukanlah dari tanah melayu tetapi lahir daripada tetater bergerak di India. Lalu ia berkembang ke seluruh tanah Malayu hingga ke tanah jawa. Dalam tahun 1870-an, Pulau Pinang telah menerima pengaruh teater bergerak bernama Wayang Parsi atau Mendu yang pada awalnya menggunakan perantara bahasa Hindu beserta barisan pelakon yang didatangkan dari India. Wayang Parsi ini kemudiannya ditukar nama sebagai  wayang Bangsawan sempena nama rakyat tempatan bernama Muhamad Pusi. Nama kumpulan bangsawan pertama ialah Pusi Indera Bangsawan of Penang yang bergiat aktif pada 1885 dengan menggunakan bahasa Melayu sehingga ke Sumatera. Sungei Wang Plaza merupakan Happy World di Kuala Lumpur yang menjadi pementasan Bangsawan yang aktif ketika dahulunya....*uhuuk...aku juga baru tahu..=P* 


ups...putera raja diapit oleh 2 orang puteri cantik dalam mimpinya..owh indah..eheek..=P

hohoo..walaupun mengharapkan karakter fizikal putera yang sedikit muda...sedikit kecewa..hehehe...=P

inilah Dukun Siguntang..tapi kok berbusana jawa yah...uhuuk..=P

Seterusnya suasana panggung diserikan dengan watak raja dan dua orang puteri cantik iaitu Puteri Zaleha dan Puteri  Mariam yang sentiasa menghantui mimpi Putera Mahkota Alam.  Lantas semenjak mimpi datang mengganggu, susasaan hidup Putera Mahkota Alam dilanda duka nestapa setiap masa. Perubahan laku Putera Mahkota Alam itu, telah mneyebabkan ayahanda dan bondanya berasa amat terharu dan memanggil Dukun Siguntang dititah mengadap. Istiadat perdukuanan bermula dengan jampi dan doa beserta diperjelaskan satu persatu maksud mimpi. Langsung langkah diatur tingkah bertingkah, urusan peminangan bersama angkatan peperangan diutus ke Kuala Jelapang buat meminang Puteri berdarah putih untuk memenuhi maksud mimpi tersebut. 


pelajar-pelajar Aswara...ececece

erk...x ingat namanya..katanya lagunya terkenal!...huhu

Aku mulai terbawa dengan suasana panggung malam itu dengan kehidupan para bangsawan dengan busana yang  bagus. Warna kuning bagi raja, bertengkolok, dengan samping yang tertata rapi. Begitu juga dengan baju kebaya labuh bagi sang permaisuri, puteri-puteri dan dayang beserta bercucuk sanggul memberi kesan khas yang nostalgia. Di tambah lagi dengan penuturan menggunakan bahasa melayu lama yang sedikit mengimbau kenangan. Selingan nyanyian-nyanyian dari beberapa seniman serta pelajar ASWARA turut memeriahkan lagi suasana malam itu.

saat adegan2 dramatis...



semua kru kumpulan teater....ahaaak...TAMAT

Durasi pementasan selama  2 jam pun berakhir  sekitar jam 10.30 malam. Pementasan malam itu benar-benar mengingatkanku pada wayang orang di Solo. Dengan pengakhiran cerita panggung yang agak dramatis apabila Puteri Zaleha sedia untuk berlari dan berselindung di sebalik bulan....TAMAT..*hehehe*
Wednesday 12 October 2011 4 comments

272 Anak Tangga Batu Caves

"Man...temankan cik pergi ke satu tempat nih"....hehehe....seperti biasa kerja memujuk menjadi rutinku untuk berjalan....ahaaak..;). Kali ini kami bertujuan untuk ke sebuah tempat gua peribadatan iaitu Batu Caves. Sekitar 30 minit perjalanan dengan menaiki komuter dengan pemberhentian di beberapa stesen seperti Kl Sentral-Kuala Lumpur-Bank Negara-Putra-Kg Batu-Taman Wahyu-Batu Caves yang merupakan stesen terakhir....*mengingat nama2 stesen seperti sudah jadi suatu kebiasaan...heee..=P*....*SAMPAI... Sejurus tiba, kami disambut oleh patung Hanuman dengan ketinggian 15 meter yang tersergam indah di samping kanan pintu gerbang Batu Caves. Ternyata kedatangan kami agak bertuah kerana dapat menyaksikan upacara ritual masyarakat India  memohon doa dan hajat. Kelihatan barisan panjang dilakukan oleh mereka sambil menunggu juadah makanan…*ups seperti melihat orang mengambil juadah berbuka puasa pula…ahaak*
patung Hanuman yang sudah siap menyambut kedatangan kami dipintu masuk..hehhe..

lihat..macam tunggu nak ambil makanan berbuka kan..hehe..;)

hemm..biasanya piring lampu ini dibeli untuk memohon doa dan hajat..


lembu sebagai simbol bintang suci kepercayaan Hindu..


Sebenarnya Batu Caves merupakan gua batu kapur yang telah wujud lebih seratus tahun dahulu. Gua ini juga terkenal dengan stalaktait dan stalakmait yang begitu indah terbentuk di dindingnya. Di sinilah upacara Thaipusam akan disambut secara besar-besaran oleh masyarakat India. Selain itu, ianya juga tak terkalahkan menjadi tumpuan pelancong asing dan warga tempatan untuk mengetahui lebih lanjut tentang keistimewaan tempat ini. Dari jauh sudah kelihatan sebuah patung yang bewarna keemasan sambil memegang tongkat dengan ketinggian 42.7 meter. Patung  inilah yang menjadi kebanggaan di sini sehingga diiktiraf sebagai patung Dewa Murugan yang terbesar di dunia….*wooooo*.
hemm..inilah patung Murugan yang terbesar di dunia itu..ahaak..;)

upacara ritual sedang dilakukan di kuil 

Setelah melintasi beberapa kuil, kami melewati Cave Villa yang ternyata menggamit hati kami untuk meneroka ke dalam nya. Namun, segalanya terkubur begitu sahaja akibat melihat tiket masuk untuk ke Cave Villa ini sebanyak Rm 7 ringgit…*huhuhu..mahalnya bagi orang tidak berduit seperti kami*. Lantas kami hanya mendapatkan sekeping pamplet untuk melihat objek2 menarik yang berada di dalamnya. Berdasarkan pamplet tersebut, terdapat 7 lokasi menarik yang ditawarkan di situ. Antaranya seperti restoran makanan yang menghidangkan pelbagai juadah makanan masyarakat India, kolam ikan koi yang sangat indah dengan panorama gua yang dapat juga kelihatan dari luar, galeri seni yang memaparkan cerita-cerita tentang masyarakat India dengan monumen2 yang bagus, taman burung yang menampilkan lebih kurang 50 spesis burung pelbagai warna, pentas  kebudayaan dan pertujukan tarian India iaitu “Bharathanatyam” dan haiwan reptilia pelbagai spesis…*hemm…sepertinya agak berbaloi juga..tapi masih belum tahu apakah sama seperti yang dilihat pada pamplet tersebut?…masih saja mikir2*

hasrat terpendam...hehehe...


view kolam ikan koi yang boleh dilihat dari luar sahaja...x pe lah..janji dapat snap2....hehe

kedai2yang turut berjualan di sekitarnya...

Kaki terus melangkah untuk berhadapan dengan 272 anak tangga yang bakal dinaiki…*fuhh…boleh mencairkan lemak2 yang ada*. Menurut kepercayaan dan sumber yang didapatkan, 272 anak tangga ini juga mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama Hindu. Dan diceritakan bahawa sudah ramai di kalangan sami-sami yang terkorban sebelum wujudnya beratus anak tangga ini untuk sampai ke puncak gua…*sadis juga ceritanya…* Beratus-ratus anak tangga inilah yang sebenarnya menjadi daya tarikan yang tersendiri di sini dengan diuji tahap kesabaran dan ketabahan samaada kita berjaya melepasi rintangan tersebut. Tidak cukup dengan itu, kami terpaksa berhadapan dengan gangguan monyet-monyet yang berkeliaran menunggu mangsa...*jika anda tidak bernasib baik, monyet tersebut akan mendekati dan merampas beg bawaan anda..jadi perlu berhati2..hehehe*. Pelbagai ragam manusia dapat dilihat di sini dan sungguh mengasikkan apabila melihat segerombolan keluarga yang menggondolkan kepala mereka untuk memohon hajat.  Begitu juga dengan pasangan suami isteri yang sudah kelihatan agak uzur masih bersemangat memanjat beratus-ratus anak tangga ini…*fuhh…sungguh gigih sekali..*

erkkkk..inilah 272 anak tangga nyaa...air..air..air..

uncle yang cool...ahaak..;)

pasangan suami+isteri yang swit2..masih lagi kuat...

ups..mungkin pasangan ini meminta berkat kelahiran anaknya...*teringat adat potong jambul pula..hehe


Owh yah...sebelum sampai di puncak gua, kami mendapati satu jalur susur ke kiri yang tertulis Dark Cave. Namun seperti biasa hasrat tersebut terpaksa tertunda lagi apabila mengetahui tiket bayaran masuk ke gua tersebut...*blurp2...mahalnya lah...uhukk sambil tersedak*. Dalam gua ini anda akan menemui beberapa fauna yang masih dalam pemuliharaan seperti Trapdoor Spider iaitu sejenis labah-labah yang hampir pupus dengan dipandu oleh Tour Guide yang akan menemani perjalanan anda. Sekadar melewati gua tersebut, perjalanan diteruskan lagi untuk sampai ke puncak. Ternyata segala penat lelah terbalas apabila kami tiba di pintu gua yang dihasratkan. Struktur gua yang maha indah dengan pemandangan stalaktait dan stalakmait di dalamnya. Begitu juga terdapat beberapa patung-patung yang membentuk ceritera yang tersendiri tentang kepercayaan Hindu memenuhi dinding2 gua. Ditambah dengan penataan cahaya lampu memberi kesan khas gua yang membangkitkan suasana seram-seram sejuk...*hehehe...agak hiperbola...=P*


susur jalur masuk ke Dark Cave...

sekitar view masuk dan pendaftaran tiket masuk...

blurp2....hanya terkubur lmeihat harganya...*mahal!!

Suara2 khas ritual kepercayaan Hindu mulai bergema dan hampir menegakkan bulu romaku sebelum kami menaiki beberapa anak tangga terakhir untuk sampai kepuncak gua Kuil Thirumugan. Sekali lagi, kami diberi kesempatan melihat masyarakat India melakukan ritual di kuil di samping para sami yang memberi restu dan doa. Setelah puas berfoto kenangan di puncak kuil dan pemandangan di sekitarnya kami mulai menuruni anak-anak tangga untuk pulang. Perjalanan menurun semakin laju dan membuatku sedikit gayat....*heheh...seperti berada di awang-awangan pula*. Ternyata setibanya di bawah kami disambut oleh sekumpulan burung merpati yang sedang riang-ria beterbangan di halaman. *ups...burung merpati juga meraikan kami..hehehe..=P*. Jadi jangan ketinggalan untuk memotret detik-detik istimewa ini....;)


masuk ke goa...yeah sampai...=D

penataan cahaya yang beri kesan khas gua sambil diiringi gema suara2 ritual..hehhe..*seram2 sejuk

patung2 yang menghiasi dinding gua tentang ceritera kepercayaan Hindu


anak tangga lagi untuk sampai ke puncak gua

inilah kuil Thirumugan yang berada di puncaknya...*SAMPAI jugak...*puas

struktur2 gua yang cantik...

lubang udara di puncak gua yang memberi hawa angin yang damai...ahaak



 *Informasi Tambahan
  • anda boleh ke sini menaiki komuter dari stesen Kl Sentral-Batu Caves dengan harga Rm 2 ringgit.
  • tiket masuk ke Cave Villa dikenakan sebanyak Rm 7 ringgit seorang.
  • tiket masuk ke Dark Caves pula secara berpakej seperti pakej Education Tour bagi dewasa sebanyak Rm 35 ringgit dan kanak-kanak sebanyak Rm 28 ringgit selama 45 minit. Manakala pakej Adventure Tour bagi orang dewasa sebanyak Rm 80 ringgit dan kanak-kanak sebanyak Rm 60 dengan durasi selama 3 jam.
  • sekiranya anda membawa kenderaan sendiri, bayaran meletak kenderaan sebanyak Rm 2 ringgit.





 
;